Aduyai lepas jgk ko Apek dari Kes Dadah

Aku  lepak-lepak kt Mstar tadi terserempak dengan kisah Apek nie..hehe..senyum lawyer dia ( masyuk laa pas nie ), apek dengan wajah yang Rock Jawa dia..kes apek pasal ganja dah tutup, apek menang....yippppi..suci laa nama mu apek..nie kisahnya kt Mstar...layan..tgh2 sembang ngn kwan pasal kes nie..terkeluar dari mulutnya..ekekleh ade duit semua boleh jalan, pasang lawyer mahal2, belit sana sini konpem menang. Kite nie org miskin msti kena penjara..aku cakap no komen..tu hal dia dengan Allah k..

Pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama tiga rakannya dibebas dan dilepaskan tanpa perlu membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini berhubung tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka dua tahun lalu.


Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat percanggahan terhadap bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Ahmad Solihin berkata, percanggahan material iaitu sampel air kencing yang diambil daripada kesemua tertuduh dan disimpan terlalu lama telah menimbulkan keraguan dalam membuktikan mereka bersalah.

Tambahnya, percanggahan tarikh spesimen yang diambil itu juga telah melemahkan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa raya.

"Kelewatan ujian air kencing yang dilakukan dan percanggahan tarikh spesimen itu diambil selain beberapa faktor lain seperti kewujudan dua borang permohonan untuk melakukan ujian saringan dadah dan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti lain telah menjadikan kes ini lemah," ujarnya.

Keempat-empat tertuduh diwakili oleh peguam Mohd Fadli Hashim sementara pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad.

Terdahulu, Ahmad Ishrakh memberitahu mahkamah berdasarkan keseluruhan keterangan saksi-saksi, pihaknya berjaya membuktikan bahawa kesemua tertuduh telah menggunakan dadah berbahaya kerana mereka disahkan positif kanabis menerusi hasil ujian pengesahan dadah yang dibuat terhadap sampel air kencing masing-masing.

Beliau berkata biarpun terdapat kesilapan penandaan tarikh pemungutan sampel pada label botol Saiful Apek dan Noremy, penjelasan sewajarnya telah diberi saksi pendakwaan kedua Sarjan M. Sanggar yang mengakui silap menulis tarikh pada botol berkenaan iaitu 12.9.2010 berbanding tarikh sebenar 12.6.10, yang mana kesilapan itu disedari saksi tersebut ketika memberi keterangan di mahkamah.

Mereka semua sebelum itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, dekat sini pada 12 Jun 2010 kira kira pukul 11 malam.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu. -mStar

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.