Akibat Cinta Pelajar TIdak Direstui



Gara-gara enggan berpisah dengan kekasih, seorang penuntut jurusan perubatan berusia 19 tahun mengambil keputusan untuk tinggal bersama kekasihnya.

Perlakuan ini kemudiannya diketahui keluarga mangsa dan bertindak membawa mangsa ke Balai Polis Kulim bersama teman lelakinya serta keluarganya.

Bagaimanapun apabila perbincangan diadakan antara teman lelaki dan keluarga mangsa, waris mangsa enggan membenarkan anak perempuan mereka tinggal bersama kekasihnya itu sebaliknya mengarahkan mereka berpisah.

Waris mangsa berkeras untuk membuat laporan polis. Kekasih mangsa yang bekerja sebagai operator kilang berkata, dia menjalinkan hubungan cinta bersama mangsa sejak tujuh tahun lalu.

“Kami berada di balai polis bukanlah kerana satu kesalahan yang besar. Ia hanya kerana masalah cinta sahaja. Saya menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa sejak dia belajar di tingkatan dua.

“Saya sedar dia masih menuntut tetapi tidak salah kami menjalinkan hubungan ini,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir meminta kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah peribadi dihadapi di rumah.

Menurutnya, masalah seperti ini sering berlaku dan ia tidak melibatkan pelajar bawah umur. “Masalah cinta harus diselesaikan secara aman di rumah bukan di balai polis melainkan ia melibatkan perkara yang berunsurkan jenayah.

Sekiranya pelajar bawah umur melarikan diri, mereka yang menyimpan pelajar itu tanpa pengetahuan keluarganya boleh ditahan polis.

“Sekiranya ia melibatkan golongandewasa, terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan. Bagaimanapun saya menasihatkan supaya masalah dihadapi dapat diselesaikan secara aman,” katanya kepada Sinar Harian.

# Kalau dah sesuai cukup umur, sembhyang 5 waktu x tinggal, baik..jangan dihalang, jadi macam nie sapa yang malu..nabil kata lu pikir laa sendiri.

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Herma Julianny said...

baik nikah je...
dah tinggal bersama dah...

Kaki Sembang said...

dah family tu ego nak wat cmne..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.