Blog Paling Panas dan Giler tahap Gunung Everest





Assalamualaikum..korang pernah layari blog nie..UncleSeekers Seek The Truth..memang gile laa uncleseekers nie, aku x reti laa nak cete pendek kata korang baca la sendiri apa yang uncle seekers tulis..dia nie hati kering tahap Raja Kapor ke apa..org Normal pendek kata x berani laa tulis cmnie, kawan aku Abg Rony cakap dia nie dah ada surat merah ( Gila ) x tahu laa betul ke idak.. nama sebenarnya Syed Abdullah Hussein Al-Attas. Uncle nie  terkenallah dengan cerita paranormal dia kat NTV7 tu, dari dulu lagi mmg aku x layan cerita macam nie, apa yang aku tahu uncle nie memang celupar laa..korang masih ingat x kisah uncle nie dengan kisah beliau dengan Permaisuri  Agong..meh aku Refresh cerita, cerita ini kt Kosmo pada 12/4/2010

Hari ini banyak berita melaporkan Saman yang dikeluarkan peguam Siti Aishah ke atas Uncle Seekers atau nama sebenar beliau Syed Abdullah Hussein Al-Attas akibat mendedahkan maklumat sulit peribadi melalui blog beliau (Cerita lanjut).

Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana didakwa telah membocorkan maklumat dirinya.

Siti Aishah menamakan Syed Abdullah sebagai defendan pertama manakala ayah Syed Abdullah, Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.

Writ saman bertarikh 2 Disember itu difailkan melalui Tetuan Gunaseelan & Associates di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir.

Mahkamah tersebut kemudian menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan interparte untuk kes tersebut.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah sebagai plaintif memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama dan kedua untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat semasa plaintif menerima 'rawatan' daripada defendan.

Plaintif juga memohon perintah melarang kedua-dua defendan itu daripada menerbitkan sebarang buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.

Menurut pernyataan tuntutan, pada Jun 2010 Siti Aishah mendakwa telah meminta bantuan Syed Abdullah untuk menangani masalah emosi yang dihadapinya selepas defendan pertama membuat representasi secara lisan bahawa beliau (Syed Abdullah) boleh mengubati dan menjalankan kaunseling berhubung masalah emosi yang dihadapi oleh bekas Raja Permaisuri Agong itu. (Sumber: Kosmo Online)
Satu lagu korang tgk link nie mcm mana keringnya hati Uncle http://youtu.be/JCP5wyIN8eA..haha..

Satu lagi aku nak tunjuk apa yang Uncle Seekers tulis tentang Tengku Mahkota Johor
Beliau telah menghina Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim :
 satu planet dah tahu hubungan anta berdua. Semuanya anta dah ada. Pangkat besar rupa anta kategori hensem, rumah cantik dan besar, kereta banyak, duit berlambak. Berapa ramai rakyat Johor terpaksa capmelan tembak cicak ngan lipas sebab takder duit nak kawen dan berapa ramai yang 'loan' kat Bank Rakyat dan kena bayar selama 20 tahun. Anta dah ada semua, tunggu apa lagi beb?

Sebelum terlupa, bila nak faraidkan harta pusaka yang telah diamanahkan oleh Almarhum Sultan Iskandar. Dah setahun lebih ni ! Tugas ana selesai sebab dah maklum pada anta. Anta tak nak dengar itu hak anta. Dunia mungkin boleh lepas tapi akhirat sendiri mau ingat.
"Pesanan dari ana khusus untuk anta Mail.
Langit tidak selalu cerah...

Kalau anta tak puas hati pada ana, anta boleh 'cipta' pelbagai alasan untuk fitnah ana supaya masuk 'dalam'.

Kecik punya hal....
Paling lama pun 14 hari jer dibawah seksyen 117.
Pastu, macam-macam citer ana bleh bongkar 'kemungkaran' yang ada didalam sana nanti sampai nafas ana yang terakhir."
Bukan sahaja tidak menghormati Raja Muda Johor ini, malah Uncle hanya memanggil namanya sahaja iaitu MAIL. Bahkan turut meninggalkan kata-kata berunsur ugutan. Giler x uncleseekerssss nie..haha lu pikir laa sendiri...nie betul2 paranormalllll, nie dikira perderhaka tahap apa nie..kikikiki..kite tgk apa yang berlaku seterusnya..

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

roym as said...

berani tahap gaban...nape xde org persoalkan dia ek??org tua kate kalo diam setuju...kikiki

Kaki Sembang said...

sebab dia gile..kahkah

Que Achmad said...

dia lg berani drp ZedZaidi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.