Hidup Mati Kumpulan D malam ini..

                   DARI kiri, penyerang Perancis, Samir Nasri, penyerang England, Andy Carroll dan penyerang
                                                     Ukraine, Andry Shevchenko. - Foto AFP

Perancis, England dan Ukraine saing rebut slot ke suku akhir

SAINGAN sengit antara tiga pasukan Kumpulan D menyaksikan dua tempat ke suku akhir menjadi rebutan antara Perancis, England dan Ukraine dengan Sweden sudah pun tersingkir.
Perancis yang akan bertemu Sweden, hanya mempunyai satu kemungkinan yang akan menutup peluangnya layak ke suku akhir tewas kepada Sweden, dan England juga tewas kepada Ukraine, tetapi ditentukan oleh perbezaan gol antara kedua-dua pasukan.
Menang atau seri akan membuka laluan buat Perancis, cuma kedudukan sebagai juara kumpulan ditentukan menerusi keputusan perlawanan antara England dan Ukraine.

England pasti ke suku akhir sekiranya seri dengan Ukraine, dengan Perancis menang atau seri bertemu Sweden, tetapi jika tewas dengan tuan rumah itu, Three Lions akan tersingkir.

Ukraine yang kini mengumpul tiga mata, perlu menang ke atas England untuk layak ke kelompok lapan terakhir dan muncul juara kumpulan sekiranya Perancis gagal menewaskan Sweden.

Keputusan seri atau kalah tidak bermakna buat Ukraine kerana Perancis dan England mendahului kumpulan dengan empat mata selepas dua perlawanan.

Sumber. Berita harian

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.