Himpunan Jutaan Rakyat Di Dataran Tahrir membantah campur tangan Tentera


Himpunan jutaan di Tahrir dan dataran lain di seluruh Mesir hari ini dinamakan "Jutaan berhadapan rampasan kuasa tentera" bertujuan menyampaikan 4 mesej utama iaitu:

1) Menolak nas tambahan dalam Perlembagaan seperti yg diumukan tentera

2) Menolak pembubaran Parlimen

3) Menolak pembentukan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan yg baru mengikut kehendak Majlis Tentera

4) Menolak undang-undang Kementerian Kehakiman yg memberi kuasa kepada tentera utk menangkap rakyat (fungsi yg sama seperti Undang-Undang Darurat yg telah dihapuskan) dan menolak dilanjutkan tempoh peralihan kuasa paling lewat 30 Jun ini walau apa jua keadaan sekalipun.

Parti dan pertubuhan politik meminta diadakan perarakan menuju ke tempat himpunan iaitu dataran Tahrir bermula dari masjid-masjid selepas solat Asar. Sesetengahnya pula dicadangkan berhimpun di bangunan Dewan Rakyat. Sementara, Gerakan 6 April pula mahu memulakan perarakan jam 4 petang dari depan ibu pejabat Parti NDP yg terbakar, berhadapan Sungai Nil (gambar) yg akan berakhir di bangunan Dewan Rakyat.

Sementara terdapat gerakan pemuda dan parti politik yg akan memulakan perarakan selepas Asar nanti dari Masjid Fath, Ramsis dan dataran Mustafa Mahmud di Mohandiseen yg akan berkumpul di Tahrir.
Sumber: Nasaruddin Hassan

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.