Kapten Qatar dapat penumbuk Nazmi atas padang

Pemain termahal negara iaitu Nazmi Faiz Mansor yang menumbuk pemain Qatar pada perlawanan persahabatan petang tadi memohon maaf secara terbuka. Pada perlawanan persahabatan antara Malaysia U22 dan Qatar U22 itu insiden yang menyaksikan pemain SC Biera-Mar itu dilayangkan kad merah pada minit ke-40 selepas berang dengan Kapten Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla yang mengasari rakan sepasukan, Mohd. Azrif Nasrulhaq.

Nazmi yang meluru dari arah belakang menumbuk Abdelkarim menyebabkan pegadil perlawanan melayangkan kad merah kepada beliau. Nazmi yang berusia 18 tahun itu mengakui hilang kesilapan beliau kerana tidak berjaya mengawal emosi pada perlawanan tersebut.

"Terus-terang saya beritahu kenapa saya hilang sabar. Saya tidak tahu. Apapun ia tidak mengganggu konsentrasi saya dan tidak mengambil peduli mengenai kisah peribadi saya," jelas Nazmi kepada pemberita ketika ditemui selepas perlawanan.

Nazmi juga memberitahu, dia berjanji untuk bertindak dengan lebih matang sambil menegaskan tidak akan menghadapi masalah untuk memberikan tumpuan penuh menjelang kelayakan Piala AFC pada 21 Jun ini.

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.