Mesteri Pocong sudah terjawab-sila baca

Macam-macam laa perkara berlaku dalam dunia sekarang- aku lepak-lepak kt kosmo on9 terjumpa plak entri pasal pocong.............baca punya baca  pocong pun pandai menyamun sekarang nie--kejadian nie berlaku kt hutan Lipur Kanching..aku pernah laa pergi kawasan nie dulu masa studi..sejuk giler air dia..kikiki memang laa air sejuk  bkn panas lak..kena lagi aku......kalau pocong baca Ayat Kursi terbakar..kalau penyamun jadi pocong nak buat camne yer..aku ada satu cadangan kita pakat katok ( Pukul  ) dengan kerusi panjang di rumah panjang di Serawak..kikiki lawak bodo laa plak...pepehal layan cete nie..


RAWANG – Pengunjung terutama pelancong asing di kawasan rekreasi air terjun Hutan Lipur Kanching di sini didakwa sering diganggu lembaga misteri.

Kelibat lembaga dikatakan berpakaian putih seolah-olah hantu pocong itu menakutkan pengunjung dan ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, menurut penduduk, perbuatan itu merupakan tindakan segelintir individu dipercayai penagih dadah yang mencuri barangan pengunjung.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, beberapa kes dilaporkan berlaku sebelum ini dan kejadian terakhir berlaku dua minggu lepas.

“Individu ini berpakaian seperti hantu untuk menakutkan pengunjung yang berkelah dan apabila pengunjung melarikan diri, barangan mereka akan dicuri. Ada kes pengunjung juga diragut,” jelasnya.

Perkara yang sama pernah berlaku pada empat tahun lalu tetapi selepas individu itu ditangkap oleh pihak berkuasa, ia kini timbul semula.

“Kami penduduk menggelar lembaga itu hantu pocong kerana dia berpakaian dengan menyelubung kepala sebelum meragut dan menyamun mangsa,” jelasnya.

Katanya, lembaga itu disyaki mereka yang mahir selok-belok hutan kerana menjadikan jalan hutan sebagai laluan keluar masuk.

Sumber: Kosmo On9...

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Herma Julianny said...

nanti pocong betul pergi cekik pocong palsu tu baru tau...

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (56) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (6) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (443) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (21) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (14) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (2) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (3) Nabi Muhammad s.a.w (3) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Onani (1) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (26) Pencuri (2) pengajaran (2) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (18) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (13) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (22) tazkirah (16) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.