AC Mizal Ajak Abby Abadi Berdebat?

Ekoran kelantangan aktres yang kini menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik, Abby Abadi di laman sosial Twitter berkenaan isu PDRM, bekas rakan seangkatannya di dalam drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas', Dato' AC Mizal mengajak Abby Abadi berdebat berhubung isu terbabit.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh AC menerusi status Twitter miliknya yang berbunyi; "Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!"

Sebelum itu, Abby Abadi dilihat hadir menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu.

Bagi pandangan ambe laa, debat bukan lah satu jalan penyelesaian. Abby abadi dan AC Mizal harus berlapang dada dalam perkara ini. Berbeza pendapat adalah perkara biasa, Ulama juga berbeza pendapat tu lahirnya 4 mazhab. Ambe syorkan adakan muzakarah iaitu berkongsi pendapat dan saling nasihat menasihati, itu laa makna sebenar demokrasi..

Satu lagi masa Abby dulu dalam keadaan jahil x dop orang marah pun, skrg dah penampilan berubah dan terlibat dalam Politik semua org dah marah..kate demokrasi loll..

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.