Ambe mendapat info yang Adam AF pula bergiat aktif dalam program-program agama. Alhamdulillah. Kini semakin ramai anak-anak muda yang menunjukkan minat dalam bidang agama. Malah, apa yang ditunjukkan oleh para selebriti patut dipuji kerana tindakan mereka selalu menjadi ikutan para peminat.Ambe ingin berkongsi beberapa gambar Adam AF yang memakai jubah bersama finalis-finalis Imam Muda.
Menurut sumber, mereka sedang melakukan sesi penggambaran merakam program yang bakal disiarkan pada Syawal nanti. Selain itu, ada sumber yang melaporkan Adam AF bertugas sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.
Pusat rawatan Islam tersebut dikendalikan oleh Asyraf Muslim dan pada ketika itu Adam bertindak sebagai pembantu kepada Asyraf. Apa-apa pun, ambe berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh Adam serta rakan-rakan artis yang lain apabila menunjukkan perubahan yang positif.
Semoga peminat-peminat serta mereka yang menjadikan Adam sebagai ikon akan turut sama mengambil langkah positif yang ditunjukkan olehnya. ~mynewshub





4 comments:
alhamdulillah, penghijrahan yang mmg sepatutnya... ke arah jalan lebih baik... zaman lama buleh tinggalkan....
xsemat lasum Adam... semat Ustaz Zuki lagi, kikikikiki
jauh laa boh..haha
hehehhe, wat sedap... betul, Semat Mbeng Ustaz Zuki lagi.... Idola tu (kemah kemim)
alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan..
Post a Comment