AMUK DI PJM PUTRAJAYA - SEORANG LAGI DITAHAN POLIS!

Sebelum daripada ini ( sila klik )

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai individu yang membuat pengakuan terbuka akan sentiasa bersama Khalil Afandi Abd Hamid dalam 'perjuangan' lelaki yang ditembak mati oleh polis ketika mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu, ditahan reman bermula kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki 39 tahun itu akan ditahan sehingga Ahad untuk membantu siasatan kes berkenaan.

"Kita juga dapati, Khalil bertindak secara individu dan tidak ada kaitan dengan sebarang kumpulan ajaran sesat," kata Chin Wah ketika dihubungi Sinar Harian.

Akhbar ini semalam melaporkan perihal seorang lelaki yang namanya disebut berulang kali dalam laman blog dan Facebook milik Khalil sebagai orang kanan yang sentiasa bersama lelaki amuk itu dalam perjuangannya.

Malah, lelaki itu sendiri dalam salah satu blog Khalil mengaku secara terbuka dalam kenyataan yang dipaparkan bersama nombor kad pengenalannya bahawa mereka akan sentiasa bersama.

Mengikut catatan yang dipercayai dibuat Khalil dalam blognya, dia dalam perjuangan menawan negara dan dunia.Sinar

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

www.QueAchmad.com said...

macey2 jenjs manusia ado loni

anys.shikin =) said...

ngamok aje

Kaki Sembang said...

hehe..ngamok laa dah kepala dah x btul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.