Anak Timbalan Perdana Menteri Seorang Panyanyi Rupanya...Jom Layan Artis Anak Pemimpin Politik...

NAJWA, 25, anak Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mempunyai empat adik-beradik, Najwa anak ketiga kelahiran KL, memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Muzik (Peng­khususan Penulisan Kontemporari) di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat.

Antara lagu popular siulan ramai ialah Senyum dan Kau Yang Punya. Kedua lagu ini dimuatkan di dalam album Innocent Soul.

Penyanyi yang kini popular menerusi lagu Sweet October sebagai single pertama dan kemudian melodi cetusan ideanya sendiri, Got To Go yang dipetik daripada Innocent Soul itu yakin akan berusaha mengem­bangkan empayar muziknya jauh ke negara itu satu hari nanti.


GADAFFI Ismail Sabri atau lebih dike­nal Dafi, peserta rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelima, dilahirkan pada 14 Disember 1988.

Penyanyi kelahiran KL ini, merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Ayahnya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.

Memiliki Diploma Profesional, Bunyi dan Muzik dari Universiti Limkokwing, Cyber­jaya, antara finalis AF5 mencapai kejayaan sebagai Artis Baru Lelaki Popular, dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 2007, membuka peluang kepadanya merakamkan album berjudul Dafi - Seumur Hidup terbitan KRU Studios.

Dafi yang popular dengan lagu berjudul Bila Terasa Rindu, juga pernah membintangi drama bersiri berjudul Hotel Mania (TV3), Opah Popular (Astro Warna) dan seba­gainya. Tetapi karier sebagai hos juga memberi pengalaman baru kepada Dafi apabila mengacara rancangan Xpresi Remaja di RTM2.

NOR DIYANA Tan Sri Muhammad Taib, 27, atau lebih popular dengan nama Nana.

Ayahnya, Tan Sri Muhammad Taib, bekas Menteri Kabinet dan pernah menjawat jawatan Menteri Besar Selangor.

Berkahwin dengan anggota kumpulan Ruffedge Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, 28, menjuarai rancangan Sehati Berdansa musim ketiga.

Pasangan tersebut berkahwin pada Julai 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1 tahun. Nana pernah menganggotai kumpulan FO3, ketika menyertai rancangan realiti Mentor terbitan TV3.

PELAKON filem Nur Kasih The Movie, Muniff Isa, 29, anak kesayangan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Isa Dr Md Sabu.

Muniff juga hos rancangan Agen Halal TV AlHijrah.

Selain sebagai pelakon dan hos TV, Muniff yang turut menyerlah dalam penerbitan drama dokumentari berjudul Suatu Ketika... terbitan Astro Prima mempunyai kelebihan boleh berbahasa Mandarin dan Hokkien.


PELAKON, bekas pengacara rancangan popular di TV3, Melodi, Dira atau nama sebenarnya Khaidirah, 27 tahun.

Beliau anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Hj Isnin.

Ibu kepada cahaya mata bernama Tengku Anggun Deandra kini berusia 4 tahun, pernah membintangi drama dan telefilem antaranya, Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Dua Kali Mencintai Mu, Cinta Tanpa Suara, Delima, 100 Hari Jadi dan sebagainya.

P/S: Pemimpin dan artis adalah icon dan ikutan masyarakat dan mempunyai pengaruh yang tersendiri..pepun apa pandangan korang pasal isu nie..hehe

Sumber: Theory Inspiracy..


Artikel Menarik Lainnya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.