Artis Wanita Melayu Cuba Bunuh Diri..

Shah Alam - Pelakon filem Appalam, Raja Ilya mengaku dia hampir mahu membunuh diri akibat tertekan kerana putus tunang selepas gambar kontroversinya bersama seorang lelaki tersebar hampir dua tahun lalu. 


Raja Ilya, 27, berkata, tindakan itu dibuat selepas tunangnya nekad meninggalkannya akibat menerima tekanan daripada pihak keluarga lelaki yang malu dengan penyebaran gambar itu. 


"Ketika gambar itu disiarkan di dalam sebuah akhbar saya sebenarnya telah mempunyai kekasih lain dan kami telahpun bertunang".


"Saya telah diberi kata dua oleh keluarga tunang sama ada mahu memilih kerjaya sebagai pelakon ataupun bersama tunang. Jadi, saya membuat keputusan untuk mengorbankan kerjaya semata-mata untuk bersama tunang ketika itu".


"Tetapi isu gambar tersebut sentiasa dibangkitkan sehingga tunang saya memutuskan tali pertunangan kami awal tahun lalu".


"Akibat daripada kejadian itu saya menjadi tertekan sehinggakan saya mengambil pil tidur berlebihan. Perbuatan buruk saya itu menyebabkan nyawa saya hampir melayang". Ujarnya kepada Mstar Online selepas ditemui pada sidang media majlis pelancaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita kelmarin.


Tambah Ilya lagi, akibat perbuatannya itu, hampir dua minggu dia terlantar di hospital kerana menghidap masalah buah pinggang. 


"Alhamdulillah saya kembali pulih dan sedar itu adalah tindakan bodoh yang pernah saya lakukan". Katanya.


Dalam pada itu, Raja Ilya mengaku telah bergaduh besar dengan seorang wartawan yang menyiarkan gambar tersebut selepas setahun menyimpan perasaan marah. Dia terserempak dengan wartawan tersebut di dalam sebuah kapal terbang semasa ingin ke sebuah destinasi.


"Saya tidak faham kenapa dia ingin berbuat begitu kepada saya sehinggakan hidup saya hampir musnah".


"Ketika itu juga pelbagai masalah menimpa diri saya tambahan pula emak saya disahkan mengidap penyakit Kanser. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Memang saya bertekak dengan dia dan dia berjanji untuk membersihkan nama saya. Memang saya pegang janji dia itu sehingga ke hari ini". 


Sementara itu Raja Ilya berkata, dia sudah bersedia bangkit kembali dan membina nama sebagai pelakon disegani di negara ini. 


Katanya, cukuplah setengah tahun dia membazirkan masa dengan bersembunyi malu dan setia kepada lelaki yang tidak menghargai cintanya.


"Sekarang adalah masa untuk memperkenalkan kembali nama saya yang sudah tercalar."


Sementara itu, Raja Ilya bakal muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Mana Hilangnya Juwita di saluran Astro Ria bermula 9 Julai ini, jam 10 malam.
  

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Herma Julianny said...

dah tgk gmbr yang dinyatakan tu di google image..
semoga dia dah insaf dan dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.