Harini ambe terbaca Harian Metro terpandang laa satu tajuk bayi tiga bulan dicedera pengasuh, dipatahkan kakinya dan tangan pekej terus, ciannya baby tu..zalimkan..pepun kita belum tahu siasatan Polis macam mana..kadang-kadang bila Polis buat siasatan Mak Bapak dia yang dera plak..Kadang-kadang aku terpikir jugak suasana penderaan yang berlaku hari nie, bukan setakat Pengasuh dera bayi. Mak dan Ayah pun didera oleh anak sendiri. Hari-hari dalam paper sampai nak muntah aku baca, kes rogol, buang bayi jangan cerita la..kalau x de sehari dalam Metro mmg peliklaa , rompak banyak laa lagi kalau aku nak cerita..pendek kata kesimpulan dari cerita ini, masyarakat kita sudah jauh meninggalkan Agama dalam kehidupan, adat-adat yang baik dianggap Kuno, Mak-Ayah asik mengejar dunia sehingga mengabaikan anak-anak ..Pepehal layan cete nie kt Harian Metro- Kalau korang nak baca penuh pergilaa beli sendiri-haha

PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan
dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital
Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di
Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.
Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau
Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya
keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30
tengah hari.
Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang
guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak
berhenti menangis selama hampir sejam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
4 comments:
kesiannya...=(
tu laa manusia dah x de nilai kemanusiaan..
yg dera ni mmg siall!!!
perasaan dia dikawal oleh syaithn..hehe
Post a Comment