BIAR BETUL? TIADA SIMPANAN?

 
TABUNG BULUH

DUIT SYILING

MENARA TABUNG HAJI (dekat ngan opis ambe hehe)

GAS PECAH

TABUNG MASE KECIK2 DLU
 
ISLAM sebagai agama syumul, mengatur umatnya tidak terhad kepada aspek sosial, politik dan ibadat, malah ekonomi. Semua norma dan nilai ekonomi diatur dalam sumber hukum Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung berbeza dengan hukum ekonomi buatan manusia.

Hal ini meletakkan ekonomi Islam jauh lebih unggul berbanding ekonomi kapitalis dan komunis. Contoh jelas ialah konsep menabung dalam Islam sebagai usaha untuk menuju sebuah negara damai dan sejahtera.
Islam adalah agama sederhana, yang umatnya sentiasa diarahkan untuk hidup jimat dan tidak berbelanja secara berlebihan.

Penjimatan ini perlu dilakukan dengan mengurangkan kecenderungan untuk menggunakan barang keperluan. Jumlah baki pendapatan yang tinggal dari penggunaan itu, pada gilirannya, akan memungkinkan seseorang Muslim untuk cenderung menabung lebih banyak.

Larangan berbelanja secara berlebihan dan tuntunan agama untuk menggunakan barang berdasarkan konsep halal dan haram, mendorong umat Islam supaya menabung.

Ini adalah tanda bahawa seorang Muslim yang baik yang sentiasa mematuhi panduan syariah akan cenderung menabung lebih banyak dibandingkan bukan Islam.



Bagi entri kali nie ambe nok cerita sedikit tentang kepentingan menabung. Di mana menabung atau menyimpan duit sangat perlu dalam kehidupan kita. Bukannya ambe nok suruh rakan2 sekelian mengejar keduniaan semata-mata nok kumpulkan duit untuk kebahagiaan di dunia sahaja tapi semestinya kebahagian di akhirat jua. Dalam kehidupan nie kite lalui pelbagai halangan dan cabaran. Sebagai contohnye kisah ambe dalam minggu nie… Sakit kepala memikirkannya akibat tiada simpanan……..

MOTO AKU: cepat ahh.. cepat ahh... nk duit.. auto gear ngan klac aku rosak nie...
AKU: mung nie nok pitih sokmo... tiap2 hari aku beri mung minum petrol tu pun nok pitih lg.. ngade sungguh mung nie...

BHUBIS (krete aku): bos ksayanganku... bile bos nk ambik ak kt bengkel... pomen da bising bos xambik aku lg kt bengkel nie... cepat ahh... cepat ahh...
AKU: aduh abis la pitih ak bulan nie... kene kekoh di sek mung blaker argghhh.... mu royak ke abg pomen aku gi oversea ambik pitih hutang ak ngan Obama...

***moral of the story please make saving for your future emergency....:)


Begitulah ceritanye…. Kalo sape2 yg dok paham bahasa teganu ambe bleh ajor.. Maksud situasi di atas apabila perkara yg tidak diingini berlaku contohnya kenderaan kite rosak semestinya memerlukan duit utk proses baik pulih… jadi menabunglah wahai rakan2 pembaca sekelian…

Mereka yang tidak menabung akan menghadapi kesulitan ekonomi yang tidak di duga pada masa depan. Oleh itu, al-Quran meminta umatnya untuk tidak berbelanja secara berlebih-lebihan dan tidak terlalu kikir, seperti disebutkan dalam beberapa ayat berikut ini: “Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkan kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesali.” (Surah al-Isra’, ayat 29). Firman Allah lagi bermaksud: “Sesungguhnya pemboros itu adalah saudara syaitan...” (Surah al-Isra’, ayat 27) “dan...makan dan minumlah kamu, dan janganlah berlebih-lebihan...” (Surah al-A’raf, ayat 31) “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir...” (Surah al-Furqan, ayat 67).

Sementara itu, Rasulullah saw dalam hadisnya cukup memberi peringatan kepada umatnya supaya menabung sebagai cara terbaik untuk membanteras kemiskinan.

Ini dapat kita lihat daripada beberapa hadis bermaksud: “...Rasulullah saw pernah membeli kurma dari Bani Nadhir dan menyimpannya untuk perbekalan setahun buat keluarga...” (Hadis riwayat Bukhari); “Simpanlah sebahagian daripada harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itu jauh lebih baik bagimu.” (Hadis riwayat Bukhari).

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, jelas bahawa menabung, sangat digalakkan dalam Islam..=)

*Sumber2 dr pak cik Google dan Berita Harian

Created by ^amadganu^
 
 

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Anonymous said...

setuju sgt2! good writing... nk blaja bahasa ganu lepas nie.

Anonymous said...

tabung bkn leh bawak mati

Mahanim Suraya said...

lawak la dialog atas tu. hehe... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.