Assalamualaikum pembaca yang budiman, petang-petang Ramadhan yang hening ni ambe nak kongsi sikit cerita berkenaaan kematian, dan kita sebagai Umat Islam harus mengakui tentang wajibnya mati dan akan menghadapi fitnah kubur yang dashyat dan akhirnya ke Akhirat yang mana menentukan kita samaada ke Syurga atau Neraka, dan kita minta jauhi daripada mendapat kemurkaan Allah sewaktu kematian menjemput kita.
Sembang-sembang bersama Din ( Housemate ) dia nie kerja sebagai Pembantu Perubatan di Hospital Besar dan akan bersama dengan pesakit yang parah seperti Excident dia kata dalam 10 orang hendak cari seorang yang mengucap 2 kalimah syahadah pun payah. Kenapa ini terjadi?, mintak Allah jauhi kita semua dari semua bala ini..
Semalam Din ada cerita kat ambe, ade seorang perempuan berumur 21 tahun berasal dari Pahang menaiki motor dan telah dilanggar oleh Toyota Hilux dan beliau dalam keadaan parah mati di tempat kejadian . Apa yang sedihnya dalam raga motor perempuan itu ada makanan untuk berbuka puasa dan kurma yang bertaburan. Tahun nie beliau tidak sempat berbuka puasa di hari yang pertama, kita pun boleh jamin kita boleh berbuka petang ini dan apakah persediaan kite?
Ambe nak kongsi tulisan Khalifah berkenaan kematian.....
Kematian
Orang yang bijak ialah mereka yang bersiap sedia dengan amalan-amalan
kebajikan bagi mengumpulkan perbekalan sebelum meninggalkan dunia ini dalam
menuju alam akhirat. Mereka inilah yang berpandangan jauh ke hadapan dalam
memikirkan apa kesudahan yang bakal dihadapi nanti. Sedangkan orang yang
jahil ialah orang-orang yang tertutup matanya daripada melihat kesudahan yang
akan datang serta dilengahkan oleh kesenangan dan kelalaian, sehingga tidak
dapat mengingati atau memikirkan kematiannya, sekalipun ia mengingatinya namun
bukan dengan hati yang lapang, tetapi dengan perasaan yang dibius dengan nafsu
kesenangan dan kelazatan kerana ingatan terhadap kematian itu tidak sampai
menembusi jiwanya.
Lantaran itu persiapan paling awal mesti dibuat oleh setiap manusia yang
bernyawa iaitu mengingati mati. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
Perbanyakkanlah mengingat-ingat perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan
(maut). Sebahagian ulama berkata : ``Sesiapa yang banyak mengingati mati,
maka ia akan mengutamakan tiga perkara iaitu segera bertaubat, berhati tenang
dan rajin beribadah. Manakala sesiapa yang melupakan mati, ia akan menderita
tiga perkara iaitu menunda-nunda taubat, tidak rela hidup sederhana dan malas
beribadah.
Perbuatan-perbuatan yang dapat menolong seseorang untuk mengingati detik
kematian dan beramal untuk hari kemudian, di antaranya ialah menziarahi tanah
perkuburan, memandikan mayat dan menyembahyangkan jenazah. Ini berdasarkan hadis
Nabi s.a.w. daripada Abu Dzar yang bermaksud :
Ziarahilah kubur kerana ia dapat mengingatkanmu kepada akhirat. Mandikanlah
mayat
kerana mengurus jasad orang mati merupakan nasihat yang mendalam dan
sembahyangkanlah jenazah kerana mudah-mudahan dapat meruntuhkan (menyedihkan)
hatimu, kerana orang yang bersedih di bawah naungan Allah bererti menghadapi
segala kebajikan.
Di dalam satu hadis Aisyah pernah bertanya Rasulullah s.a.w. : ``Wahai
Rasulullah, adakah akan dihimpun sesuatu golongan bersama-sama dengan para
syuhada?'' Jawab baginda Ya, iaitu sesiapa yang mengingati mati 20 kali sehari
semalam.
Sesungguhnya hikmah daripada mengingati mati adalah supaya manusia sentiasa
mengenangkan kehidupan yang kekal suatu hari nanti, persediaan menuju akhirat,
penghapus dosa dan sebagai satu wasilah bagi mewujudkan perasaan zuhud dalam
diri manusia. Malah Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa sekiranya manusia
mengetahui selok belok perihal kematian, sudah pasti mereka akan kurangkan
ketawa dan memperbanyakkan tangisan.
Secara normalnya, mati itu datang dengan terlebih dahulu diberi tanda-tanda
sebagai peringatan, seperti sakit atau tua. Apabila usia melewati umur 45 tahun,
alamat demi alamat dikirimkan untuk menyedarkan seseorang akan penamat usianya.
Tanda-tanda awal hampirnya kematian ialah mata mulai kabur, rambut mulai putih,
giginya telah gugur, tenaga menjadi semakin lemah dan sebagainya. Umur umat Nabi
Muhammad s.a.w. adalah sekitar 60 tahun merujuk kepada umur Baginda sendiri.
Rasulullah telah menyatakan di dalam sabdanya yang bermaksud : Allah
menangguhkan akhir ajal seseorang hingga sampai 60 tahun.
Ibnu Bathal berkata, usia 60 tahun menjadi batas akhir ajal seseorang kerana
dalam usia itu dianggap waktu paling dekat menuju medan pertarungan (maut) dan
pada usia itu nampak seseorang itu lebih pasrah, lebih khusyuk dan penuh harap.
Hal seperti ini tidak lain adalah kerana kemurahan Allah terhadap hamba-Nya yang
telah dibekali dengan ilmu pengetahuan, agama dan hidayah-Nya.
Tanda-tanda kematian juga dapat dilihat melalui suatu kelainan pada diri
manusia. Maksud kelainan itu termasuklah melakukan sesuatu perbuatan yang tidak
pernah dilakukan sebelumnya selama hayatnya atau situasinya yang betul-betul
luar biasa atau tingkah laku yang aneh pada pandangan orang lain.
Apabila ditimpa kesakitan, segala macam ubat tidak mampu menyembuhkannya,
kadang-kadang membawa kepada tidak sedarkan diri seolah-olah tidak bernyawa. Ini
menunjukkan saat-saat kematian itu semakin hampir.
Pada saat yang telah ditentukan, datanglah Malaikat Maut
yang ditugaskan oleh Allah untuk mencabut nyawa. Firman Allah s.w.t. maksudnya :
Katakanlah, akan diambil nyawa kamu oleh Malaikat Maut yang ditugaskan buat
kamu, kemudian kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan. (As-Sajdah :11).
Menurut keterangan hadis, orang yang baik akan diambil rohnya oleh Malaikat
Rahmat, manakala yang jahat akan dicabut nyawanya oleh Malaikat Azab.
Perhatikan firman-firman Allah s.w.t. yang maksudnya: Alangkah hebatnya
sekiranya engkau melihat orang-orang zalim itu dalam sakaratul maut, sementara
malaikat menghulur tangan-tangan mereka sambil berkata, keluarkanlah nyawa-nyawa
kamu, pada hari inilah kamu akan dibalas dengan azab yang pedih. (Al-Ana`am : 93
)
Dan alangkah hebatnya kalau engkau melihat tatkala malaikat mematikan
orang-orang kafir sambil memukul muka-muka mereka dan punggung-punggung mereka
dan berkata, rasakanlah seksaan yang membakar ini. (Al-Anfal : 50)
Orang yang dimatikan oleh malaikat dalam keadaan baik, malaikat akan berkata
kepada mereka, kesejahteraan ke atas kamu dan masuklah ke dalam syurga dengan
amal yang telah kamu kerjakan. (An-Nahl: 32 )
Sesungguhnya orang-orang yang berkata : Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka
tetap lurus, nescaya turun atas mereka malaikat yang berkata : Bahawasanya
janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan bergembiralah dengan
syurga yang pernah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat: 30)
Semasa roh dikeluarkan dari jasad, kesakitannya adalah sama seperti badan yang
dicincang dengan pedang yang tajam sebanyak 300 kali. Begitulah antara lain
keterangan daripada riwayat-riwayat hadis.
Ada riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Idris sewaktu hayatnya, pernah meminta
kepada Allah agar Malaikat Maut mencabut nyawanya untuk seketika, tetapi bukan
untuk mati terus, sekadar untuk mencuba rasa sakitnya. Setelah diizinkan Allah,
maka Malaikat Maut pun mencabut nyawa Nabi Idris. Setelah rohnya dikembalikan
seperti biasa, Nabi Idris memarahi Malaikat Maut kerana kesakitan cabutan nyawa
tersebut, jawab Malaikat Maut bahawa itu adalah cabutan yang paling baik dan
perlahan.
Ini membayangkan betapa sakitnya cabutan roh oleh Malaikat Maut itu, maka tiada
jalan lain bagi manusia melainkan bersungguh-sungguh melakukan amalan kebajikan
seterusnya mengharapkan rahmat Allah agar dibantu dalam proses dicabut nyawanya
kelak.
Bagi orang-orang mukmin, ketika nyawa mahu diambil, terdapat beberapa tanda di
antara lainnya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Othman bin Affan, iaitu
kedua-dua belah matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan dua lubang hidungnya
membesar. Ini bererti rahmat Allah turun kepadanya. Manakala
bagi orang-orang kafir, keadaannya berdengkur seperti orang tercekik, tubuhnya
pucat dan mulutnya bertambah lebar. Ini menunjukkan seksa Allah telah turun
kepadanya.
Di samping kedatangan beberapa malaikat yang memberitahu tentang terputusnya
kelazatan dan kenikmatan hidup seseorang di alam dunia, iblis dan syaitan juga
turut berkeliaran pada saat seseorang itu dalam keadaan nazak. Ini merupakan
tempoh akhir yang paling genting bagi mereka untuk menghasut
dan memperdaya manusia supaya tergelincir imannya, seterusnya menjadi calon
pengisi neraka seperti keseluruhan keturunan mereka.
Mereka mengelilinginya dengan menyerupai wajah orang-orang terdahulu yang amat
disayangi oleh manusia tadi dan dengan bertopengkan wajah-wajah itu, mereka
membisikkan supaya jangan mempercayai Allah, Rasul, kitab al-Quran dan hari
kiamat atau dengan kata lain merayu supaya meninggalkan Islam.
Hanya orang yang kuat imannya serta mengekalkan solat dan puasa Ramadan tidak
akan termakan hasutan iblis syaitan sehinggalah roh itu dicabut dari jasad
mereka
Pada saat kematian semakin hampir, maka ketika itulah disarankan kepada orang
yang hadir mengajar pesakit dengan ucapan La ilaha illallah (mentalqinkan
mayat). Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. : Talqinkan La ilaha
illallah kepada orang-orang yang hendak mati di kalangan kamu.
Ucapan ini jika disebut pada akhir hayat seseorang amatlah berharga
nilainya, sehingga dijelaskan oleh baginda s.a.w. akan diberi balasan
memasuki syurga.
Menurut keterangan hadis, orang yang baik akan diambil rohnya oleh Malaikat Rahmat, manakala yang jahat akan dicabut nyawanya oleh Malaikat Azab.
Perhatikan firman-firman Allah s.w.t. yang maksudnya: Alangkah hebatnya sekiranya engkau melihat orang-orang zalim itu dalam sakaratul maut, sementara malaikat menghulur tangan-tangan mereka sambil berkata, keluarkanlah nyawa-nyawa kamu, pada hari inilah kamu akan dibalas dengan azab yang pedih. (Al-Ana`am : 93 )
Dan alangkah hebatnya kalau engkau melihat tatkala malaikat mematikan
orang-orang kafir sambil memukul muka-muka mereka dan punggung-punggung mereka dan berkata, rasakanlah seksaan yang membakar ini. (Al-Anfal : 50)
Orang yang dimatikan oleh malaikat dalam keadaan baik, malaikat akan berkata kepada mereka, kesejahteraan ke atas kamu dan masuklah ke dalam syurga dengan amal yang telah kamu kerjakan. (An-Nahl: 32 )
Sesungguhnya orang-orang yang berkata : Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap lurus, nescaya turun atas mereka malaikat yang berkata : Bahawasanya janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan bergembiralah dengan syurga yang pernah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat: 30)
Semasa roh dikeluarkan dari jasad, kesakitannya adalah sama seperti badan yang dicincang dengan pedang yang tajam sebanyak 300 kali. Begitulah antara lain keterangan daripada riwayat-riwayat hadis.
Ada riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Idris sewaktu hayatnya, pernah meminta kepada Allah agar Malaikat Maut mencabut nyawanya untuk seketika, tetapi bukan untuk mati terus, sekadar untuk mencuba rasa sakitnya. Setelah diizinkan Allah, maka Malaikat Maut pun mencabut nyawa Nabi Idris. Setelah rohnya dikembalikan seperti biasa, Nabi Idris memarahi Malaikat Maut kerana kesakitan cabutan nyawa tersebut, jawab Malaikat Maut bahawa itu adalah cabutan yang paling baik dan perlahan.
Ini membayangkan betapa sakitnya cabutan roh oleh Malaikat Maut itu, maka tiada jalan lain bagi manusia melainkan bersungguh-sungguh melakukan amalan kebajikan seterusnya mengharapkan rahmat Allah agar dibantu dalam proses dicabut nyawanya kelak.
Bagi orang-orang mukmin, ketika nyawa mahu diambil, terdapat beberapa tanda di antara lainnya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Othman bin Affan, iaitu kedua-dua belah matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan dua lubang hidungnya membesar. Ini bererti rahmat Allah turun kepadanya. Manakala
bagi orang-orang kafir, keadaannya berdengkur seperti orang tercekik, tubuhnya pucat dan mulutnya bertambah lebar. Ini menunjukkan seksa Allah telah turun kepadanya.
Di samping kedatangan beberapa malaikat yang memberitahu tentang terputusnya kelazatan dan kenikmatan hidup seseorang di alam dunia, iblis dan syaitan juga turut berkeliaran pada saat seseorang itu dalam keadaan nazak. Ini merupakan tempoh akhir yang paling genting bagi mereka untuk menghasut
dan memperdaya manusia supaya tergelincir imannya, seterusnya menjadi calon pengisi neraka seperti keseluruhan keturunan mereka.
Mereka mengelilinginya dengan menyerupai wajah orang-orang terdahulu yang amat disayangi oleh manusia tadi dan dengan bertopengkan wajah-wajah itu, mereka membisikkan supaya jangan mempercayai Allah, Rasul, kitab al-Quran dan hari kiamat atau dengan kata lain merayu supaya meninggalkan Islam.
Hanya orang yang kuat imannya serta mengekalkan solat dan puasa Ramadan tidak akan termakan hasutan iblis syaitan sehinggalah roh itu dicabut dari jasad mereka
Pada saat kematian semakin hampir, maka ketika itulah disarankan kepada orang yang hadir mengajar pesakit dengan ucapan La ilaha illallah (mentalqinkan mayat). Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. : Talqinkan La ilaha illallah kepada orang-orang yang hendak mati di kalangan kamu.
Ucapan ini jika disebut pada akhir hayat seseorang amatlah berharga
nilainya, sehingga dijelaskan oleh baginda s.a.w. akan diberi balasan
memasuki syurga.





5 comments:
saya baca sampai habis, hati mula terdetik sesuatu.. terima kasih sbb berkongsi ilmu yg sgt bermanfaat ni. semoga kita tergolong dlm golongan mukmin yg disukai Allah, Amin..
ilmu yg bermanfaat.. tq KakiSembang.... AMIN
ada mana ku?
awat x jd dtg cni....sembang..
ade masalah sikit..x dpt dielakkan..tepon habis bateri..esk ambe cete
Post a Comment