Konsep baru tersebut ditemui apabila
Ikeda telah diminta untuk melihat pelbagai kegunaan bahan kumbahan.
Mitsuyuki Ikeda tidak merasa jijik semasa melakukan tugasan itu, malah
beliau merasa teruja apabila mendapati kawasan kumbahan mengandungi
banyak protein disebabkan oleh bakteria yang ada di situ.
Walaupun idea tersebut kelihatan
sangat teruk dan menjijikkan tetapi ia bukanlah seperti “daging”
dicipta dengan mengambil najis dan terus meletakkannya ke atas burger.
Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan kemudian
menggabungkannya dengan “reaction enhancer” dan memasukkannya ke
dalam “exploder”.
Selepas itu, daging tersebut akan
diletakkan pewarna merah dan rasa diperbaiki dengan protein soya.
Produk tersebut dipecahkan seperti berikut: 63% protein, 25%
karbohidrat, lipid 3%, dan 9% mineral. Persoalannya, bagaimanakah
rasanya? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging lembu.
Namun begitu, menurut Mitsuyuki
Ikeda, bukan mudah untuk meyakinkan orang ramai untuk memakan daging
yang dihasilkannya tersebut. Menurutnya lagi, daging tersebut bukanlah
teruk seperti yang disangka dan ia baik untuk kebaikan alam sekitar.
Buat masa ini, produk daging yang diperbuat dari tahi manusia tersebut
lebih mahal berbanding daging asli kerana kos penyelidikan yang agak
tinggi. – Daging Dihasilkan Dari Tahi Manusia.
P/S: Apa hukum nya makan najis haramkan..nie laa akibatnya terlampau maju..byk lagi makanan yang Allah cipta tahik jugak jadi pilihan..haha..kang ambe kate bodo mung maroh lok..
Sumber: Forblogger.net




7 comments:
kemah kemim...
Ni yg dikatakan kes orang kedekut makanan, kalau boleh taik pun nak dimakan!
Ni yg dikatakan kedekut makanan, kalau boleh taik pun nak dimakan!
apa la nk jd dgn dorang ni. huhu...
x dpt kubayangkan bile ader org order makan camni,
bang, bagi shit chop 1!! muahaha
Malaysia tak nak import ker...
ish! taknak la makan najis
jadi saintis jangan try nak melawan tuhan.
Post a Comment