Ganja Di Benarkan Di Uruguay

Uruguay bakal menjadi kerajaan pertama membenarkan penjualan ganja kepada rakyatnya..apa yang korang faham pasal ganja nie-setahu aku ganja nie bahan oraganic, samalah macam dadah, daun ketum. yang salahnya korang laa yang menyalahgunakan  ganja dalam kehidupan..mesti korang masih ingat cerita P-Ramlee kan x silap aku cerita 3 Abdul, pada zaman dulu ganja x haram tapi belacan  yang haram..hehe..

MEMILIKI ganja merupakan kesalahan berat mengikut undang-undang Malaysia. Jika seseorang terbukti memiliki ganja dengan berat 500 g ke atas, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.Berbeza dengan Uruguay, negara Amerika Latin itu bakal menjadi negara pertama di dunia di mana kerajaan akan menjual ganja kepada rakyatnya.  Tindakan itu dikatakan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan peningkatan kadar jenayah yang semakin meruncing.



Di bawah rancangan itu, hanya kerajaan dibenarkan untuk menjual ganja kepada golongan dewasa yang telah mendaftar di dalam pengkalan data kerajaan sekaligus membolehkan pihak kerajaan memantau pembelian ganja di kalangan rakyat.

Menteri pertahanan Uruguay, Eleuterio Fernandez Huidobro berkata langkah itu bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah negara dengan cara mengekang keuntungan yang diperolehi oleh pengedar dadah.

Selain itu langkah tersebut dijangka dapat mengelakkan pengguna daripada beralih kepada dadah yang lebih berat. Akhbar tempatan melaporkan, duit cukai yang diperolehi daripada hasil jualan ganja itu nanti akan disalurkan kepada usaha memulihkan penagih dadah.

Tiada undang-undang menghalang penggunaan ganja di Uruguay. Pemilikan dadah untuk kegunaan sendiri juga bukan merupakan satu kesalahan jenayah. Media tempatan turut melaporkan, orang ramai yang mengambil ganja melebihi kadar yang ditetapkan akan melalui proses pemulihan ketagihan.

Sumber: Daily Mail


Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.