Saturday, 28 July 2012

Gempar- Bayi Wajah Makhluk Asing Dilahirkan Nigeria


Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak istimewa tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.
Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan. Bayi ini sudah meninggal dunia.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya. Bayi itu tidak mempunyai otak. Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

Sumber: 2dayblogger.com

1 comment:

Dr. Arifin said...

salam..saya Dr. Arifin.. Just nak perbetulkan fakta.. bayi yg dilahirkan seperti gambar diatas tidak selayaknya digelarkan bayi makhluk asing.. sebenarnya berdasarkan gmbar, sy simpulkan bayi ini dilahirkan kurang sempurna dan ia dikenali sbagai anencephaly (tuan blh google term ini untuk mngetahui lebih lanjut).. secara mudah, bayi ini dilahirkan tanpa otak dan tempurung kepala, berlaku ketika trimester pertama.. penyakit ini kerap juga berlaku termasuk di Malaysia. semoga bermanfaat...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download