Gempar Pelesit Atas Syiling - Di Kulim

 Kulim – Seorang tukang kayu yang sedang mebaiki siling asrama sebuah sekolah di Kulim terkejut apabila ternampak satu lembaga di atas siling. Dia yang tidak mahu dikenali berkata, dia segera merakamkan imej lembaga tersebut yang ketika itu berdiri dan memerhatikannya. Menurutnya, ketika imej diambil lembaga misteri itu 15 sm tinggi dan seakan-akan sedang bergayut. “Apabila sekali lagi imej cuba dirakamkan lembaga itu ghaib serta merta,” katanya lagi.
 Imej itu kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pengamal ilmu perubatan tradisional. Menurut pengamal ilmu perubatan tradisional itu, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal di atas bumbung asrama terbabit. Menurutnya lagi, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan ‘orang’ suruhan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir. “Ia juga boleh menyebabkan orang hilang ingatan seperti terkena histeria,” tambahnya lagi. “Secara umum pelesit bukanlah satu makhluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping, makhluk ini boleh menyesatkan akidah orang ramai,” katanya. kosmo

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.