Hari Koperasi Gagal- 5 Pengarah JPK di Tukarkan Serta Merta?

UALA LUMPUR: Ekoran kegagalan Hari Koperasi Negara 2012 baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri,  Pembangunan Koperasi dan Hal Ehwal sedang melakukan pertukaran Pengarah Negeri.

Sehingga kini, sudah empat pengarah Jabatan Pembangunan Negeri telah diarahkan bertukar 24 jam pada 16 Julai lalu manakala seorang Pengarah Bahagian di ibu pejabat juga ditukar.

Pengarah JPK itu adalah dari negeri Kedah, Pahang, Terengganu and Negeri Sembilan.

Menurut blogger Rocky Bru, Pengerusi Eksekutif dan timbalan Pengerusi Lembaga Koperasi Malaysia juga bakal diambil tindakan.

Hari Koperasi Negara 2012 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di Stadium Bukit Jalil telah benar-benar memalukan Datuk Seri Najib Razak.

Sudahlah kedatangan ke majlis itu sangat menghampakan, sambutan peserta perhimpunan ketika Najib sedang berucap juga amat memalukan.

Menurut sumber, Najib tepaksa meminta orang ramai dalam majlis agar diam ketika mendengar ucapan beliau.

Ini kerana, orang ramai bukan sahaja keluar ketika beliau berucap, ramai juga antara mereka meniup serunai ketika Najib berucap, seumpama menyaksikan pertandingan bola sepak.

Ekoran itu, Datuk Seri Ismail Sabri terpaksa memohon maaf kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas.

sumber: Harakah Daily

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.