Jenazah Pelakon Vateran Ismail Hutson Selamat Di Kebumikan DI Seksyen 9 , Kota Damansara

PETALING JAYA 21 Julai - Jenazah pelakon veteran, Allahyarham Datuk Ismail Hutson, 73, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.
Ismail Hutson atau nama sebenarnya Ismail Omar menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.13 pagi tadi akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya. Ismail dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu sejak Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.
Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran meninggalkan dua orang balu, Hafidzah Khasbullah dan Zaiton Osman serta tujuh orang anak.
Antara filem yang pernah dilakonnya ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984), Dayang Suhana (1978) dan Mr Cinderella (2003).

P/s: Semoga Allah merahmati Roh beliau di alam kubur, mati pada bulan yang berkat Ramadhan Al Mubarak- ambe selalu jugak melihat lakonan beliau, seorang yang berdisiplin dan berbakat dalam lakonan- Al Fatihah:
Sumber: Kl Pos

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.