Kajian Mendapati Wanita Yang Membela Kucing Lebih Cenderung Membunuh Diri

MENURUT satu kajian, pemilik kucing di kalangan wanita memiliki lebih kecenderungan untuk cuba membunuh diri disebabkan jangkitan parasit yang berasal daripada najis haiwan peliharaan itu.

Wanita yang dijangkiti oleh sejenis parasit, Toxoplasma gondii (T.gondii) yang disebarkan melalui sentuhan terhadap najis ataupun memakan daging mentah atau sayuran yang tidak dicuci bersih memiliki lebih kecenderungan berfikir untuk membunuh diri.

Dianggarkan sekitar satu pertiga penduduk dunia telah dijangkiti oleh parasit tersebut, yang mana ianya bersembunyi di sel-sel otak dan otot dan biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan.

Jangkitan yang dinamakan sebagai toxoplasmosis itu dikaitkan dengan penyakit otak seperti, schizophrena dan perubahan tingkah laku.

Penyelidik dari U.S, Denmark, Jerman dan Sweden telah menjalankan kajian ke atas lebih 45,000 wanita Denmark yang dilahirkan di antara tahun 1992 hingga 1995.

Para penyelidik mendapati, wanita yang dijangkiti T.gondii memiliki satu setengah kali ganda kecenderungan untuk membunuh diri dibandingkan dengan wanita yang sebaliknya.

Sumber: dailymail.co.uk



Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Herma Julianny said...

iye ke?
tp kucing sgt comel...>_<!!
tak dapat la kalo tak bela..

bb501 said...

Sebenarnya tak payah percaya sgt dakyah amerika ni.Diorg mmg xnk bg kita bela kucing sbb kucing tu antara haiwan kesukaan nabi.Anjing tu nape dia xnk ckp pulak? Air liur anjing tu lg bahaya tp diorg diamkan aje.
Kalau ingat,dulu diorg kata teh lg bagus dr kopi tp diorg lg bnyk jual kopi dr teh.Daging kambing x elok sbb kalo bnyk mkn senang kena darah tinggi sbnarnya daging lembu lg tinggi risiko kna darah tinggi. Diorg pn ckp minyak sawit xbgus dn myk soya terbaik dkat dunia tp jabatan kesihatan Usa sendiri keluarkan statement mnyk paling bgus ialah mnyk zaitun,kedua mnyak sawit.Minyak soya plak berbahaya kalo amik terlalu kerap.Ingat, nabi kita suka minum kopi,mkn dging kambing,suka kucing. Benda2 yg nabi suka smua dia kata xbgus tp diorg pulak amalkan.Jgn senang sgt prcaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.