Kareena Kapor Enggan Peluk Islam Untuk Berkahwin, Manakala Saif Ali Khan Tidak Akan Memaksa Kerana Alasan Menghormati Agama



Assalamualaikum, malam nie ambe nak cerita pasal isu kahwin. Perkahwinan adalah satu tuntutan agama dan merupakan fitrah setiap manusia yang diciptakan oleh yang Maha Esa. Allah mengizinkan perkahwinan akan tetapi Allah meletakkan syarat-syarat supaya perkahwinan itu di redhai Allah. Antaranya perkahwinan itu mestilah di antara berlainan jantina, lelaki dan perempuan dan haram berkahwin sesama jenis kerana ia melanggar fitrah sebagai insan yang normal dan dilaknat oleh agama.

 Begitu juga kisah yang ambe nak cite kat deme semua- Perkahwinan berlainan agama seperti mana yang banyak berlaku di Indonesia dan India, perkara ini adalah dilarang keras oleh agama Islam sendiri. kerana agama yang diredhai Allah ialah Islam dan agama lain ditolak- Dilihat kepada perkahwinan antara Kareena Kapoor yang beragama Hindu dan Saif yang beragama Islam, melihat kepada kenyataan beliau menampakkan kejahilan dan kesesatan yang melampui ajaran Ayah Pin di Besut Terengganu. ambe mengharapkan agar Ulama'-Ulama' mengeluarkan kenyataan menghalang perkara ini berlaku demi menjaga kemurniaan Islam daripada menjadi ikutan orang yang jahil seperti mereka. Aduyai benggong nguh laaaaaaa.. sakit pale duk mikir dunia yg tunggang terbalik dunia akhir zaman la katekan...  masyaAllah....

Aktres Kareena Kapoor yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon Saif Ali Khan pada 16 Oktober ini memutuskan tidak memeluk Islam.

Kereena juga dilaporkan tidak akan menukar namanya dan mahu kekal dengan nama asalnya tersebut.
Saif Ali sendiri menjelaskan dia tiada masalah untuk menerima Kareena dengan agama asal aktres tersebut dengan alasan menhormati agama lain.

“Saya tidak mahu paksa dia untuk menukar agamanya. kalau boleh saya mahu kerajaan meminda undang-undang terutamanya Akta Perkahwinan Kasta agar sesiapa yang hendak berkahwin tidak perlu menukar agamanya” ujar Saif Ali kepada Mail Today

Sebelum ini kesemua perkahwinan berlainan agama dalam keluarga Pataudi memerlukan pengantin wanita untuk masuk islam bagi upacara akad nikah

Ibu Saif Ali sendiri, Sharmila Tagora yang merupakan keturunan Banggali memeluk islam untuk bernikah dengan ayah saif Ali, Mansur Ali Khan

Sharmila yang juga pelakon itu turut meempunyai nama islam iaitu Ayesha Begum selain mengunakan nama asalnya.

Majlis perkahwinan Saif Ali dan Kareena akan diadakan di istana Pataudi. bagaimanapun pihak mengantin belum memutuskan sama ada untuk melakukan majlis mengikut tradisi hindu atau syariat islam. – Kosmo


Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.