Kisah Sahabat Rasulullah SAW ( Wajib Dibaca Geng ) | Kisah Lelaki Kulit Hitam Pencuci Masjid Nabi

Kisah Sahabat Rasulullah SAW ( Wajib Dibaca Geng ) | Kisah Lelaki Kulit Hitam Pencuci Masjid Nabi | Assalamualaikum semua..hari nie ambe nak cerita pasal lelaki kulit hitam di zaman Rasulullah, kerjanya mencuci Masjid Nabi, oleh kerana beliau seorang Hitam masyarakat tidak mempedulikan beliau. Tetapi kerana keikhlasan beliau tanpa mengharapkan balasan terhadap kerja membersih Masjid Nabawi, selalu mendapat perhatian Nabi sehingga laa.....

Harap-harap kisah ini menjadi pengajaran kepada ambe dan semua rakan-rakan yang budiman yang akan membaca artikel ini, demi menyahut seruan Rasulullah ( SAW ) sampaikan dari ku walaupun satu ayat-Al Hadis..walau pun x ensem, hitam, x de pengaruh tapi di kasihi Rasulullah..korang ader   layannnn....

Setiap kali Rasulullah pergi ke Masjid Nabawi..baginda akan terlihat lelaki berkulit hitam yang tidak tampan sedang membersihkan masjid..Ramai orang tidak sedar akan kehadiran dan jasa lelaki itu..Tetapi..Baginda selalu perhatikan lelaki itu..

Suatu hari..Baginda datang ke masjid Nabawi..Dan tidak ternampak kelibat lelaki itu..Kemudian baginda bertanya pada sahabatnya tentang lelaki itu..Mereka mem...beritahu yang lelaki itu sudah meninggal beberapa hari lalu..Muka Rasulullah berubah..Dan bertanya mengapa mereka tidak memberitahunya..Mereka terdiam dan menyangka baginda tidak nampak akan jasa lelaki itu..

~Rasulullah berkata "Mungkin kerana kulitnya yang hitam, mukanya yang hodoh dan kerjanya hanya membersihkan kawasan masjid menyebabkan kamu semua tidak menghiraukannya?" sahabat baginda terdiam..Dan baginda meminta mereka menunjukkan padanya kubur lelaki itu..Kemudian Rasulullah berdoa dihadapan kubur lelaki itu.."Ya Allah, Ya Tuhan kami.Berikanlah rahmat dan keampunan terhadap semua ahli kubur termasuk roh lelaki yang selama ini membersihkan Masjid Nabawi." Kemudian..Rasulullah beredar dari tanah perkuburan dan berkata pada sahabatnya "Selama ini penghuni kubur disini berada dalam kegelapan.Alhamdulillah sekarang Allah telah memperkenan permohonanku.Allah telah menerangkan semua kubur ini termasuklah kubur lelaki berkulit hitam ini."

Pada malam hari kubur disitu didapati bercahaya kerana mendapat rahmat..Dan memberi peringatan pada mereka semua..bahawa..

"Kamu harus ingat, Sesungguhnya Allah menilai sumbangan seseorang bukan berpandukan besar atau kecil,banyak atau sedikit tetapi berpandukan keikhlasan hati mereka yang melakukannya" Rasulullah s.a.w mengingatkan para sahabatnya

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.