Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam
lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai
alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian
dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.
Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.
Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut
mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat
apa yang berlaku.
Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.
“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami
berjaya memberkasnya setengah jam kemudian selepas dia keluar dari
tempat persembunyiannya,” katanya.
Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.
Sumber : malaysiasensasi.net
P/S: Zaman nie mcam2 jenis giler..ade gila harta, gila pangkat, gile glamour dan betul2 gile iaitu giler babi..kahkahkah..





2 comments:
setengah tiang...
setangah tiang...hehe
Post a Comment