Selepas isu berdebat dengan Datuk AC Mizal di Twitter, ekoran beliau dikatakan mengutuk PDRM. Pagi ini, nama Abby Abadi yang kita semua maklum beliau kini telah secara rasmi sebagai ahli parti PAS, makin bertambah panas dan sensasi. ( Sila Klik )
Lebih menjadi perhatian, apabila Abby memberi reaksi kepada komen pelakon Umie Aida tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Abby Abadi baru-baru ini kepada sebuah akhbar online tempatan, The Malaysian Insider.
Dalam kenyataan kepada akhbar itu, Abby menyatakan bahawa selebriti seperti mereka yang menyertai pembangkang hanya akan mempunyai kerja selepas kerajaan tumbang.
komen Abby berbunyi begini:
“Apabila seseorang artis itu berhijrah, ruang untuk kita menjadi kreatif menjadi sempit. Untuk yang menari dan berlakon, mereka perlukan karya yang lebih Islamik,” ujar Abby Abadi.Kenyataannya ini telah menarik perhatian Datin Paduka Umie Aida yang tidak bersetuju terhadap kenyataan beliau:
Tambah Abby lagi, “Artis seperti kami hanya akan bekerja dalam industri hiburan kreatif apabila ia’nya selari dengan syariat Islam & semua mesti setia dengan PAS untuk jadikan ianya kenyataan.”
Umie Aida di laman Twitter-nya berkata, “Kesian dengan komen dia (Abby Abadi) macam tu, sangat cetek pemikiran dia.”
Abby yang membaca komen tersebut dan memberi respon dan menyatakan bahawa beliau menyanyangi semua rakan artis dan menyatakan bahawa Umat Islam sekarang sudah lama tersasar.
Umie Aida kemudiannya menasihati Abby tidak menggunakan saluran Politik untuk membuat kenyataan seperti ini..hehe
P/S: Artis buat komen sikit dah jadi bualan masyarakat..kalau ambe laa sembang x de org pun amik peduli..pepun ambe nak tanya kepada Umie Aida..kalau x guna saluran Politik nak guna saluran apa lagi? hehe nak guna saluran Jabatan Parit dan Saliran ke ( JPS ) ker?..haha








6 comments:
memey kemah kemim
Baru siap boh...hehe
Kemah boh...
Mari laa umah boh..buka masjid
umie aida tu bagus sangat ke..islamik ke nak komen2 org..tudung pun x pakai..benda basic dalam islam pun x buat..nak nasihat org lak
tajuk dia dh mcm cerita dh..kemah
Post a Comment