PEGAWAI POLIS YANG MELAMPAU | Pegawai Polis Yang Mengamuk Dan Membelasah 2 Pekerja Hotel Menggunakan Bontot Pistol Di Dakwa!!!

PEGAWAI POLIS YANG MELAMPAU | Pegawai Polis Yang Mengamuk Dan Membelasah 2 Pekerja Hotel Menggunakan Bontot Pistol Di Dakwa!!! | Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di Seremban atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.
  

Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.
  
Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di Seremban pada 17 Julai lepas.
  
Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
  
Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  
Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di Seremban pada tarikh yang sama.
  
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  
Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di Seremban pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.
  
Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara.
    
- Bernama

P/S: Ini lah yang memburukkan pasukan Polis, Kerana nila setitik Habis Susu Sebelanga..kahkah madah pujangga...apa-apa pengajaran untuk kita semua, jangan apabila Allah memberi kita Amanah kita Khianat. Jangan lah kita menindas rakyat yang lemah,  tidak takut kah kamu doa  orang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab antara Allah dan orang yang kena Zalim..Kamu tahukah apa makna Zalim? Zalim adalah membuat sesuatu tidak kena pada tempatnya..mcm nie laa patutnya kamu lah yang membenteras jenayah tapi rakyat yang tidak bersenjata plak menjadi mangsa...

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

www.QueAchmad.com said...

dia xprasan kot ada CCTV tu... Dia igt dia blh lps la tu sb xde org nmpak.... Sifirnya senang je, klu CCTV xde skalipun, Allah tetap ada. Allah Taala nmpak.. Biaq kat dunia ni Hakim judge sewajarnya klu dia betul2 salah... Di Sana nnti, tu hak Allah. Btw, ada ke patot suh delete CCTV tu, biaq la duk dlm uTube tu, sbg pngajaran

DekNie said...

macam2 dunia skang ni...

deknie ada tag kakisembang utk join segment... jom kita pakat tambah follower..


http://www.dekniemyeyes.blogspot.com/2012/07/segmen-tambah-follower-blog-sampai-1000.html

Anonymous said...

aku akan geleng kepala 180 darjah kalu pdrm masih kekalkan org camni. serius! mmg memalukan negara dan menakutkan masyarakat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.