Suami Menitiskan Air Mata Melihat Isteri Berzina Dengan Majikan Beliau

Apa pandangan korang dengan masyarakat hari ini, kalau baca Harian Metro boleh bawak muntahlaa pasal cerita-cerita camnie..bagi aku senang jea laksanakan Hukum Allah di bumi Malaysia..settle jea..x payah buat seminar ke, motivasi ke..ke guane semua...

Seorang suami berasa hancur luluh hatinya setelah mengambil keputusan untuk pulang semula ke rumah di Rawang, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu.

Kepulangan beliau bertukar menjadi satu episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain.

Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa.

Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa yang enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri.

Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut.

Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakinya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah.

Read more: Kosmo Online..

Artikel Menarik Lainnya



5 comments:

Herma Julianny said...

Hmm..
sampai hati bini dia tu kan...
sanggup dia buat mcm tu...=(

juju said...

ppuan mcm nie elok la toksah simpann

Kaki Sembang said...

hukum hudud wajib dilaksanakan

Anonymous said...

Kami rindukan Hukuman Allah. Bila lah nak berjalan hukum Hudud ni????!

Susahnya Aku said...

sultan brunei dah start wat hudud tahun lepas anda boleh google jer utk maklumat. tp melayu malaysia dan kerajaan yg bertopengkan melayu lah sangat...! nampaknya terlalu lembab dan bebal utk memahami perubahan negara lain. sultan kita ni pulak takde kuasa sbb british punya pasal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.