Tua Tak Sedar Diri, Kaki Dangdut Tak Hirau Ramadhan

KUALA LUMPUR: Ketika individu seusia sibuk bertadarus atau melakukan ibadat sunat sementara menunggu sahur, sekumpulan warga emas yang mengunjungi beberapa pusat hiburan di Lembah Klang terus hanyut dengan gelekan alunan irama dangdut premis berkenaan sambil dibelai pelayan pelanggan (GRO) muda.

Lebih memalukan, ada di antara warga emas terbabit tanpa segan silu meneguk minuman keras, seolah-olah tiada langsung perasaan bersalah melakukan maksiat di bulan puasa.

Malah, difahamkan, ada di kalangan GRO berkenaan boleh dibawa ‘tidur’ jika bayaran ditawarkan warga emas itu memuaskan.

Tinjauan Metro Ahad di dua kelab dangdut di ibu negara awal pagi semalam mendapati, meskipun bilangan pengunjung tidak seramai hari biasa, kelab berkenaan masih tidak sepi daripada kunjungan warga emas yang dahagakan hiburan dan belaian gadis muda.


Agak menggelikan hati apabila ada di kalangan warga emas itu seolah-olah jalan bertatih kerana kepenatan akibat terlalu lama berdangdut bersama wanita muda di pentas tarian.

Selain hanyut menari dangdut bersama perempuan muda, ada juga yang asyik bercengkerama dengan GRO di sofa masing-masing dalam kelab berkenaan.

Pemerhatian mendapati ada antara mereka yang datang bersendirian, ada juga berdua dengan rakan. Di satu penjuru kelab malam ini, ada beberapa meja diduduki beberapa pemuda yang asyik meneguk arak.

Wartawan bersama sumber, dikenali sebagai Rahim, 54, diberitahu kebanyakan warga emas berkenaan adalah pelanggan tetap yang turut membawa kenalan mereka.

Menurutnya, yang dikesalkan, masih ada pengunjung tidak menghormati bulan puasa kerana sanggup meneguk arak, sedangkan kebanyakan mereka adalah lelaki berusia yang bergelar ketua keluarga.

"Ramai warga emas gemar berkunjung ke situ memandangkan bayaran GRO hanya semurah RM40 dan kebanyakan mereka muda serta bergetah.

"Jika mahu berdangdut sampai ke sahur pun tidak mengapa, malah jika hendakkan lebih privasi, boleh tempah bilik karaoke dan buatlah apa saja dengan GRO berkenaan," katanya.

Rahim tidak menafikanrata-rata GRO terbabit tidak hanya sekadar peneman untuk berdangdut, sebaliknya jika kena harga, mereka boleh dibawa tidur. -  

P/S:   Kelab malam nie wujud sebab adanya lesen, dah mengaku kerajaan Islam buat pa bgi lesen..hehe Indo yang mengaku sekular pun tutup Club bila tibanya Ramadhan..ke guane?..org  tua nie pun satu, dah nk gooo masih enjoy lagi..malu anok bini weih..haha

sumber: mymetro

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

www.QueAchmad.com said...

dunia leni, maksiat tak kenal tua atau muda, tak kenal halal atau haram... mungkin dah tebiat harian buat maksiat & singgah situ sampai lupa bulan ni bulan Ramadhan... sapa yg salah benarkan tempat maksiat tu? xyah jawab, dak kecik pun tahu sapa yg luluskan tpt segitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.