UMNO Cheras Gelabah- mahu Lajim letak jawatan kabinet

Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk menuntut supaya MP Beaufort Datuk Lajim Ukin yang kini dianggapnya "gunting dalam lipatan" supaya meletak jawatan di dalam kabinet serta-merta.

Katanya, MP Umno itu perlu berbuat demikian sekiranya benar-benar ingin keluar daripada parti.

"Adalah tidak wajar beliau masih berada di dalam kabinet kerajaan persekutuan sedangkan tindak-tanduknya dianggap seperti gunting dalam lipatan," kata pemimpin Umno yang lantang bersuara itu.

Syed Ali (kanan) berkata, beliau bimbang Lajim akan dituduh sengaja menggunakan kemudahan di pejabat timbalan menteri kementerian berkenaan untuk meneruskan siri kempen politik beliau untuk menjatuhkan BN di Sabah.

“Cara terbaik jika dia pemimpin bermoral adalah letak jawatan sebagai timbalan menteri  dengan serta-merta jika sahih akan masuk pembangkang,” kata Syed Ali dalam blog rasmi Umno bahagiannya.

Kenyataannya itu timbul ekoran tindakan Lajim (kiri) meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.Lajim juga awal minggu ini telah mengadakan satu pertemuan dengan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu.
Sumber: Malaysia kini..

Pertemuan Lajim dan Nik Aziz Di Kota  Bharu 

Adakah pertemuan ini menjadi satu kesalahan, berbeza pendapat adalah perkara berbeza kata Islam tu bersaudara, nak melawat Orang Tua pun bukan x leh kot...hehe PM Najib n Rosmah pun selalu Jugak berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz, jom layan..hehe

 by: Amad Smart..

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

roym as said...

ketua umno bah cheras Datuk???tertinggal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.