Ambe tengok kadangkala budaya maki dan fitnah menjadi amalan dan disebarkan di media massa, akibatnya lihatlah yang berlaku sekarang- keadaan masyarakat, ambe tengok dah jadi haru biru .
Baca lagi kisah menarik ( Klik di sini )
Bagi ambe x payah lah kita ganggu tugas Polis dalam menjalankan siasatan, kerana ini akan menyebabkan berlaku ketidakadilan bagi kedua-dua pihak. kita sebagai orang Islam janganlah pula menuduh pihak Polis atau Uncle Seekers yang bersalah biarlah undang-undang yang menghukum siapa yang bersalah- dalam siasatan menyatakan seseorang itu tidak didapati bersalah sehinggalah Hakim yang mengutuskan Orang kena tuduh (OKT ) didapati bersalah. Kerana itu di gelar OKT ( Orang Kena Tuduh ) dan ( OYDS ) Orang yang disyaki.
Polis dan rakyat harus Profesional..ini lah saya baca dari Tranungkite.net ( SILA KLIK )
Sekian...Dari ALLAH juga laa kebenaran.
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.




2 comments:
kalaupun berlaku ketidakadilan nanti,
di akhirat nanti tiada yang tak adil...
keadilan hanya dari Allah
Post a Comment