Bahaya Berhutang Dengan Ah Long - CHUANQIU DIKURUNG DAN DIDERA

Gara-gara tidak dapat menjelaskan hutang, seorang lelaki China terpaksa berdepan risiko apabila dia dikurung dalam sebuah kandang lembu dengan kedua belah tangannya dirantai.

Lebih menderita lagi, apabila rantai besi yang mengikat ketat tangan kanannya terbenam ke dalam isi tangannya menyebabkan dia menderita kesakitan.

Zhang Chuanqiu, 27, dari Wilayah Hunan, China dipenjarakan di sebuah penjara haram oleh sekumpulan ‘ceti’ haram sejak tahun 2005.


Chuanqiu tidak dapat membayar hutangnya kepada kumpulan itu menyebabkan dia diculik dan dibawa ke sebuah kawasan pedalaman sebelum dikurung.

Mereka memaksa Chuanqiu menjelaskan baki hutangnya berjumlah $1,600. Dia juga diugut akan didera dan dibunuh sekiranya gagal membayar baki hutangnya itu.

“Saya dipaksa membayar hutang dalam masa yang ditetapkan. Saya gagal membayarnya. Mereka menahan saya dan membawa ke kawasan pedalaman,” kata Chuanqiu sebaik saja dibebaskan oleh sepasukan polis yang menyerbu penjara haram itu.

Menurutnya, dia terpaksa berhutang sebanyak $5,000 untuk membayar hutang gadai tanah milik keluarganya bagi mengelakkan tanah itu dirampas oleh peminjam wang haram.

Bagaimanapun katanya, dia sudah menjelaskan sebahagian dari jumlah itu, manakala bakinya belum dapat dijelaskan kerana masa yang ditetapkan oleh peminjam wang  haram itu terlalu singkat.

Keadaan itu menyebabkan dia gagal melunaskan baki bayaran itu dan dikurung selama enam tahun menyebabkan rantai yang diikat di tangan kanannya tenggelam ke dalam isinya.

Tambah Chuanqiu, keluarganya terpaksa membayar secara ansur selama tempoh itu sebelum dia dibebaskan oleh kumpulan tersebut.

Chuanqiu bernasib baik apabila dia diselamatkan oleh sepasukan polis yang menyerbu ke kandang haiwan itu dan membebaskan Chuanqiu bersama beberapa lagi mangsa yang senasib dengannya.

Beberapa aduan mengenai perkara itu telah dilaporkan keluarga mangsa kepada polis. Ramai yang mengadu ahli keluarga mereka ditahan di sebuah penjara haram kerana gagal membayar hutang.

Polis berjaya menahan dua anggota kumpulan itu yang cuba melarikan diri sebaik saja polis menggempur lokasi tersebut.

Kini, dia boleh menarik nafas lega selepas dibebaskan oleh pasukan polis. Untuk mengelakkan diganggu kumpulan itu, Chuanqiu bertekad untuk menjelaskan hutangnya.

Kata Chuanqiu, dia serik untuk berhutang terutama melalui peminjam wang haram. Pengalaman ngeri itu memberikan kesedaran kepada dia dan keluarganya.

“Kalau boleh saya mahu elakan dari meminjam dengan peminjam wang haram. Mereka benar-benar cekek darah dan memaksa membayar bunga yang terlalu tinggi,” katanya terharu.

C: LEGA: Chuanqiu berjaya diselamatkan sepasukan polis.

Q: Saya dipaksa membayar hutang dalam masa yang ditetapkan. Saya gagal membayarnya. Mereka menahan saya dan membawa ke kawasan pedalaman...”

C: SAKIT: Chuanqiu menunjukkan rantai besi yang melekat di tangannya.

P/S: Di musim perayaan nie..ramai orang yang berhutang dengan Ah Long..berhati-hati kerana Islam mengharamkan hutang yang melibatkan riba dan akibatnya menyebabkan kita merana seumur hidup

Sumber: Warta Perdana.

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

www.QueAchmad.com said...

Hutang ngn Along bahaya, hutang ngn bank pulak, Akan Kena BCP. Lagumano? Hurmmmmmmm...

Pastu nk suruh mencurik ke Set2 Atas tuh? @pun jual amanah? Jual prinsip? Xpaham la lagomano dorg Atas tu pk, ngok

Kaki Sembang said...

X dang nk mikir...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.