Biodata Lengkap Ustaz Azhar Idrus / Menarik | Biodata Lengkap Dan Siapakah Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Pendakwah

Biodata Lengkap Ustaz Azhar Idrus / Menarik | Biodata Lengkap Dan Siapakah Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Pendakwah | Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali Ustaz Azhar Idrus berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.

ustaz azhar idrus

Dahulunya Ustaz Azhar Idrus seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz Azhar Idrus menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

ustaz azhar idrus

Ustaz Azhar Idrus yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz Azhar Idrus akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz Azhar Idrus untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz Azhar Idrus mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah Ustaz Azhar Idrus memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Ustaz Azhar Idrus yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz Azhar Idrus kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz Azhar Idrus bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai

ustaz azhar idrus

Nama :
Ustaz Azhar Bin Idrus Tarikh Lahir:
12 Februari 1964
Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI, Ustaz Azhar Idrus samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.

ustaz azhar idrus

Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)

Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI, Ustaz Azhar Idrus disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI, Ustaz Azhar Idrus untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat.

 Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.
 
P/S: Ambe mengenali Ustaz Azhar sejak tahun 2004, semasa tu dia x terkenal lagi..dulu ceramah keras sikit sekarang nie slow sikit..hehe..Org pernah tanya dia..kenapa Ustaz orang mencari jalan untuk memburukkan Ustaz..Ustaz jawab kalau orang x marah maknanya perjuangan kite x betullah, Nabi Muhammad pun kena maki nie kan pulop aku..hehe

Artikel Menarik Lainnya



5 comments:

babycomel said...

suka dengar ceramah2 ustaz azhar ni.. thumbs up utk beliau
~Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

.*.WiE.*. said...

ceramah beliau memang mantop.. meletop..
pernah hadir kuliah beliau. masyaallah.. punyalah ramai orang.

Herma Julianny said...

mula2 sblm ni sy xtau siapa UAI ni...
rupa2nya Ustaz Azhar Idrus..=)

Hidayah Salle said...

baru tahu kisah ustaz. seronok baca.

Anonymous said...

rasanya isteri pertama salah kot...kalau rogayah sulong bekas johan qariah tilawah tu ...dah tua dah...rasanya dekat 70 dah umurnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.