Gilerrr - Ustazah DiTuduh Biarkan Suami Ratah Anak Sendiri

Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan bersubahat dengan suami baru yang merogol dan mencabul anak kandungnya yang juga bawah umur, tiga bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang berusia 15 tahun satu bulan di rumah mereka di Bukit Ampang Permai, di sini antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada April lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa menyuruh anak perempuannya membuka pakaian dan menutup mulut mangsa tanpa kerelaan ketika suami merogolnya.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang sama di rumah sama dengan menyuruh masuk ke dalam bilik mereka, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada 12 Mei lalu.
 

Artikel Menarik Lainnya



4 comments:

babycomel said...

camtu pun ada?? errk,

www.QueAchmad.com said...

Bila Nafsu jadi Raja, tak kira status Ustaz @ Ustazah.. Pegangan agama tolak tepi dah, yg haram jd Halal. Setan jd maharajalela.. Cian kat anak dia, dah la bawah umur... Mungkin mak dia banyak sgt tgk porno kot

Herma Julianny said...

mungkin perkara itu benar2 berlaku, mungkin juga tidak..

5zol said...

takut mende cam ni datang dri fitnah.. kena siasat btul2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.