Kesalahannya hanya sedikit sahaja kerana membawa anaknya cukur jambul
dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz seorang pegawai di ibu pejabat
Umno dipecat dari jawatannya. Begitulah kekejaman Umno di atas muka
bumi ini.Kejadian ini berlaku penghujung bulan lepas.
Pegawai berkenaan yang dikatakan seorang dedikasi tidak pun diberi
peluang untuk membela diri atau menjelaskan kenapa beliau membawa
anaknya bercukur jambul dengan Nik Aziz.
Ekoran tindakan itu pegawai berkenaan yang sudah berkhidmat
bertahun-tahun dengan ibu pejabat Umno kehilangan kerja.Tindakan
memecat kaki tangan tanpa kesalahan fatal menjelaskan kerakusan dan
kezaliman parti berfahaman kebangsaan itu. Tindakan ini jelas berbeza
dengan cara Pas menangani masalah perbezaan fahaman politik.
Misalnya di Kuala Krai salah seorang pengerusi Ladang Rakyat yang
menyokong salah seorang bakal calon Umno tidak dikenakan apa-apa
tindakan.Perbuatan pengerusi Ladang Rakyat itu bukan secara senyap
tetapi terang-terangan yang sepatutnya sudah dipecat kerana membantu
bakal calon lawan.Umno perlu memperbetulkan tindakan rakus seperti ini
untuk mengelakkan ianya dianggap zalim.
Apalah salahnya kalau pegawai berkenaan membawa anaknya cukur jambul.
Mungkin dia berbuat demikian kerana di dalam Umno tidak ada mana-mana
tokoh yang pandai dan arif dengan budaya cukur jambul.Jamil Bahrom
walaupun menteri agama tetapi jarang nampak dia mencukur jambul budak
sebaliknya jambul beliau yang terlihat apabila beliau terlupa memakai
songkong.
Khabarnya tindakan ke atas pegawai ini dilakukan selepas sebuah blog
liar pro Umno menyiarkan gambar pegawai berkenaan yang sedang mencukur
jambul anaknya dengan Nik Aziz. Umno oh Umno! ~mso
P/S: Kalau PAS buat kerja nie 50 hari TV3 n the gang mainkan isu..Nie laa akibatnya asingkan Politik dan Islam yang lahir hanyalah dendam kesumat..kalau yang cukur jambul tu Chua Soi Lek ok laa nak pecat pun..nie org Islam..haha deme pikir laa weihhh..





1 comments:
Assalamualaikum... kaki sembang
rasanya pegawai umno tu nak bertahnik...itu pasal dia cari TGNA...nak mentahnikk'an bayi afdhal kena cari alim ulama seperti TGNA...baru ada keberkatan...dalam umno mana ada alim ulama....
takperlah...kurang2 dia melakukan perkara yg betul sungguh dia dizalimi oleh "kaum"nya sendiri..
sabarlah...rezeki semua dari Allah bukan dari umno..
Post a Comment