Hidangan Sultan Qatar Buat Tetamunya- haha satu bekas seekor kambing




Sebenarnya gambar bagaimana pemerintah Qatar, Syeikh Hamad bin Khalifa al-Thani melayani tetamunya sudah lama lama tersebar di internet

Bayangkan, nasi beriani dengan kambing seekor, diulang, bukan seketul, tapi seekor dihidangkan pada SETIAP TETAMU sewaktu majlis makan.

Macam manalah nak habis agaknya ye…tak tahulah kalau-kalau pak-pak sheikh tu boleh ‘menyelesaikan’ nasi beriani tu dengan sekali hadap.
Pendek kata, ‘confirm’ membazir!

Untuk rekod, dua tahu lepas Qatar dikatakan menduduki tempat pertama sebagai negara terkaya di dunia berdasarkan perdapatan per kapita yang mencapai US$ 109,881.00.

Perkembangan ekonominya meningkat sehingga 19.4% paling tinggi di dunia.
Kerajaannya juga pernah memberi ‘hadiah’ berupa kenaikan gaji antara 60% sehingga 200% kepada setiap pekerja di sektor awam!

Disebabkan menjadi negara terkaya di dunia dan kenaikan gaji yang sungguh luar biasa, tak dapat dinafikan taraf hidup juga meningkat dengan mendadak.

Qatar mengungguli senarai negara yang mempunyai kos hidup paling tinggi setakat ini.

Sumber: Informasi.My
P/S: Ini lah  nasib Umat Islam, Allah kurniakan setiap negara umat Islam Emas Hitam ( Petroleum ) tapi masih ada sifat pentingkan diri sendiri..sanggup lihat negara Umat Islam lain merana..janji perut kenyang..wallahualam

Artikel Menarik Lainnya



10 comments:

Anonymous said...

saya keja sini, gaji besar2..QR40k sebulan tu biasa laa...kos hidup ok la bebrbanding gaji..pd saya, hdup sini mkn mewah, memacam ada...harga pun ok!alhamdulillah, rezeki Allah beri kat Qatar..
bab mkn, org arab ni mkn dia lebih sket dr kita, sekali hadap, fuuuhh..terkejut beruk gak lerr...
anyway, itu cara depa mkn...membazir ke tidak, tgk kpd org laa..kwn2 saya Qatari mkn bagus, selalu habiskan sampai licin..allahua'lam..

Anonymous said...

Jangan terkejut sedara... Org kat Qatar nih memang mentadarah banyak... tengok lah perut depa... Lagi pon depa nih sebelom zaman kegemilangan depa.... ia itu Qatar Before Oil... Datuk nenek depa nih kerja nya nelayan berkawan dengan puak2 india kerala.. so jadi mereka nih memang dari asal keturunan jenis sekali hadap satu periuk sorang makan... Saya bagitahu sebab saya memang dah ada kat Qatar lebih 10 tahun dah. Masa tuh hanya ada 2 jer yang tinggi, Jaidah Tower dan Qatar World Trade Center.... tapi kalau skg nih dah ber ratus jumpah nya.

Kaki Sembang said...

tu Allah Turun Nabi pada kaum Arab...kaum yang paling keras hatinya.Hnya Nabi Muhammad dan Al-quran dapat melembutkan hati mereka..tapi tgk laa depa Semua dah alpa dgn kemewahan..wallahualam

Mahanim Suraya said...

kat restoran nasi arab kan 1 pinggan pun mmg byk. huhu...

umar said...

sorga donia...

rasanya palestin takla jauh sgt dari qatar ni kan..?
begitu jg somalia dan negara2 islam lain yg melarat kemiskinan hidup mereka..

aku klu sebut sj pasal arab kaya mmg langsung tak de respect..
mereka2 ni bdoh2 bangang rata..

mudah diperguna msyrakat kafir barat..

Anonymous said...

Kalau you all nak tahu... kat Qatar nih org islam dilayan mcm hamba tapi org barat dilayan mcm raja. Dan untuk pengetahuan you all... Pengkalan tentera amerika terbesar di luar negara adalah di Qatar. So back to square.. Nama jer negara islam tapi jadi alat kepada syaitan dan kafir.

Kaki Sembang said...

bukan pengkalan terbesar duk di arab saudi

Anonymous said...

You kata Saudi. tapi ini apa yang I sendiri nampak dan semua org-org kat Qatar tahu. 1 per 4 keluasan negara Qatar adalah pengkalan tentera amerika. Pengkalan di saudi hanya untuk menjaga kepentingan minyak di Saudi sahaja tetapi pengkalan di Qatar ini lah yang menjadi pusat utama menyerang iraq ketika perang amerika iraq suatu waktu dulu. tengok link untuk lebih jelas pengkalan amerika siap ada airport sendiri....
http://goo.gl/maps/UIM3O

Kaki Sembang said...

teruk negara Arab sekarang..guna bahasa Quran tapi ikut Amerika

Anonymous said...

Nampaknya orang malaysia dengki dengan orang Qatar kerana orang malaysia tidak berapa kaya ataupun miskin. Itu hal orang Qatar la mentadbir negara mereka la bodoh, yang kau nak sebok dengan kekayaan dorang tu apa hal?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.