MONTAUBAN – Islamofobia dilihat telah meningkat di Perancis susulan
daripada penemuan dua kepala babi di luar masjid di bandar Montauban,
kelmarin yang turut mencetuskan kemarahan orang Islam di kawasan itu.
Pengerusi Pemerhati Islamofobia, Abdallah Zekri berkata, perbuatan biadab seperti itu yang dilakukan pada bulan Ramadan sememangnya berunsur provokasi perkauman.
Pengerusi Pemerhati Islamofobia, Abdallah Zekri berkata, perbuatan biadab seperti itu yang dilakukan pada bulan Ramadan sememangnya berunsur provokasi perkauman.
Dalam satu kenyataan, Datuk Bandar Montauban, Brigitte Bareges turut
mengutuk tindakan pihak yang tidak menghormati agama Islam dengan
meletakkan dua kepala babi tersebut pada tiang berhampiran pintu masuk
Masjid Salam itu.
Beberapa khabar angin mendakwa kejadian menggemparkan tersebut mungkin
bermotifkan dendam susulan daripada insiden suspek dikenali sebagai
Mohammed Merah yang menembak mati tujuh bangsa Yahudi di bandar
tersebut pada Mac lalu.
Sementara itu, konflik antara pihak berkuasa Perancis dengan masyarakat
Islam di Perancis juga dilihat meningkat semula, Selasa lalu susulan
pemecatan empat jurulatih di sebuah kem musim panas hanya kerana mereka
berpuasa.
Dianggarkan 5 juta orang Islam di negara tersebut terpaksa berhadapan
dengan layanan buruk sesetengah pihak yang terlalu mengamalkan sifat
perkauman dan diskriminasi agama. ~info
P/S: Susahnya negara minoriti umat Islam nak melaksana Islam, sepatutnya kita umat Islam di Malaysia bersyukur terhadap kurniaan Allah ke atas kita semua..jangan sampai Allah turunkan dugaan yang sama seperti mereka..negara majoriti Umat Islam tetapi masih tidak menggunakkan Hukum Islam sebagai panduan Utama..Wallahualam





2 comments:
Bersyukur sangat duduk kat Malaysia
saya malu dgn perbuatan mrk tu...=(
Post a Comment