Assalamualaikkum & Salam Peringatan,
Baca
dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di
BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini
cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka
dengan permainan dunia yang melalaikan.
Pada suatu hari, seorang gadis yang
terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini
untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di
dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai
pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik
daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan
liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan
dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang
mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan
aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri
tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat
sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak
ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau
neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang
sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek
panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan
telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata
yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di
Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong
tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas
ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan
hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut
mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang
ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang
lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak
menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya
kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di
perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka
pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain
mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang
tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia
menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui
Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi
cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut
itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai
segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi
mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku
di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga
orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan
mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si
mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat
itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat
hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah
sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya
Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita
jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim
sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah
RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti
ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini
atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah
kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan
kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya
saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila
anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan
arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk
dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan
undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda
tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda
terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau
melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini,
anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang
pemilik yang menjadikan bumi ini.





9 comments:
subhanallah...
promote? camna? saya letak link anda dalam post saya okey?
mohon share tuan belog..
share laa..hehe
apapun niat si penulis, tapi cerita ni tiada sumber, hanya rekaan, walaupun niat yang baik.
Blog ni suka sebar cerita fitnah. Suka memfitnah. Memang dah tabiat ke puak pembangkang ni sinonim dengan fitnah memfitnah ni?
Fitnah je kena kat pembangkang!!Apa ameno tu suci dan bersih ka?Mengong!!!!
X salah utk menegur org... Tp pastikn kena dgn caranya... Ingatlah, kata2 yg mampu menyakiti org lain adalah tergolong dlm lingkungan dosa...
PEMBANGKANG DARI LONGKANG BABI
Post a Comment