Kisah Benar Yang Menarik | Gadis Cina Memeluk Islam

Kisah Benar Yang  Menarik |  Gadis Cina Memeluk Islam | Kisah Menarik Loo Jo Yee Binti Abdullah Untuk Renungan
Tahukah anda bahawa Loo Joo Yee merupakan seorang gadis berketurunan Cina yang kini sudah pun memeluk agama Islam.

Namanya mula dikenali ramai selepas ia mula berkongsi cerita bagaimana saat menerima hidayah Allah.
Mungkin ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini.

gambar Loo Jo Yee Binti Abdullah

Pertama kali admin melihat beliau secara dekat apabila menghadiri sebuah majlis yang diadakan di bangunan SUK Selangor tahun lalu. Sempat mendengar kisah beliau secara langsung dan ia cukup memberikan kita satu inspirasi diri. Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.

Loo Jo Yee Binti Abdullah
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Loo Jo Yee Binti Abdullah telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat.

Dan Loo Jo Yee Binti Abdullah bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, Loo Jo Yee Binti Abdullah mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin Loo Jo Yee Binti Abdullah mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Loo Jo Yee Binti Abdullahmengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua Loo Jo Yee Binti Abdullah adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Loo Jo Yee Binti Abdullah telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee Binti Abdullah berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang Loo Jo Yee Binti Abdullah terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Note – Islam tidak pernah memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam, malah Islam juga bersedia untuk dikaji oleh orang kafir sendiri. Alhamdulillah, bagi kita yang dilahirkan sebagai orang Islam sepatutnya lebih bersykur kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.

Sumber: Informasi.my

Artikel Menarik Lainnya



5 comments:

IbnAbdHalim said...

Yang masuk Islam tu si anakkah atau bapanya? Kenapa para sahabat Nabi s.a.w. tidak menukar nama bapa masing-masing kepada Abdullah. Ali bin Abi Talib tidak menjadi Ali bin Abdullah. Kalau ditukar kepada Abdullah maka akan menjadi lebih lucu sebab semua yang memeluk Islam akan berbin atau bintikan Abdullah belaka. Tapi itulah uniknya Malaysiaku....yang menjadi bahan ketawa antarabangsa.

Anonymous said...

Hari raya pun kau masih lagi buat masalah. fitnahkan pemimpin, fitnahkan negara kau sendiri

Anonymous said...

ada benarnya pendapat ibnabdhalim tu.mungkin boleh juga digunakan nama 'muhammad' bg lelaki mualaf atau 'nur' bg perempuan mualaf.sbg contoh "muhammad lee ah beng" atau "nur loo jo yee".tak perlu diletakkan 'bin' atau 'binti'?butiran2 diri yg lain tidak perlu ditukar.well, ini hanya pandangan peribadi.wallahua'lam bissawab.

Anonymous said...

betulla kenapa nk letak nama Abdullah..contohnya Siti Aminah Sharibuu binti Abdullah..kenapa x binkan ayahnya yang di Mongolia..pelik betullaa..hehe

Anonymous said...

apa kenamengena Sharibuu kat sini. Kau ni menggalakkan manusiaManusia macam kau yang suka memfitnah makin tabur fitnah di blog GAY kau ni. Dasar GAY. Kau tumpanglaah sekaki dosa fitnah orang di blog kau ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.