Lagu Janji DiTepati Dimaki Ustaz Asri ( Mantan Mufti Perlis )..Patutkah?

SUDAH beratus kali, malah beribu kali lagu dan lirik "Janji Ditepati" diejek dan dicemuh oleh rakyat Malaysia. Paparan lagu itu di YouTube juga mengundang lebih 50 ribu "dislike".

Jika anda seorang manusia yang waras, tentu sekali anda akan tergolong di dalam golongan orang-orang yang mengejek atau sekurang-kurangnya membenci Lagu "Janji Ditepati" di dalam hati.

Bekas Mufti Perlis semalam secara terbuka mengkritik lagu "Janji Ditepati" yang dijadikan lagu tema Kemerdekaan tahun ini di laman twitter beliau.

Dr Asri membayangkan betapa buruknya lagu dan lirik "Janji Ditepati" itu. Tidak cukup dengan itu, beliau menyebut Malaysia bagaikan sebuah kerajaan yang nazak dilihat kerana terdesak menggunakan hari kemerdekaan sebagai kempen politik.

Lihatlah, Janji Ditepati mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya lagu tema kemerdekaan yang mengundang kritikan terbuka daripada bekas mufti.

Namun kepada si pengampu kerajaan, inilah lagu paling lunak dan bermakna dalam hidup mereka kah kah kah...

Sumber: ABU

Artikel Menarik Lainnya



5 comments:

Anonymous said...

Penjilat dap dh kering idea..lagu pn boleh jd isu..camni nak perintah negara?? Alamat terus la kena cucuk hidung..

Anonymous said...

Seburuk-buruk UMNO yang kamu kata kafir.. mereka masih membina Sekolah Agama Rakyat.Orang yang kamu kata sesat, mereka masih membina Masjid dan surau-surau...Yang kamu kata dia, sekular... Dia boleh bina Maahad Tahfiz Al-Quran.Tanya pada diri kamu wahai pemimpin Pas ... Masjid mana yang kamu dah bina, Sekolah Agama Rakyat mana yang kamu bangunkan?Malah bukan sahaja kamu tidak pernah bina Sekolah Agama Rakyat malah membantah bersama-sama kaum kafir bila orang yang kamu anggap kafir hendak membina Sekolah Agama Rakyat. Sedangkan yang belajar di sekolah itu adalah anak-anak kamu, yang sembahyang dimasjid yang dibina oleh mereka adalah kamu dan keluarga mu juga.Jadi sekarang siapa sebenarnya perosak umat Islam? kamu bangga dengan pakaian jubah dan kopiah putih kononnya kamu lebih Islam dari Islam tetapi adakah kamu berani becakap soal hudud dihadapan pemimpin Agung kamu Karpal Singh

Anonymous said...

Apa hukum kalau memungkiri janji?1. Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am sendiri, juga sepatutnya sedar bahawa negara Islam dan hudud tidak mungkin dilaksanakan di negara ini kerana satu jaminan yang diberikan kepada masyarakat bukan Islam satu ketika dulu.Nik Aziz perlu ingat janji yang dibuat semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000, PAS sudah memberi jaminan kepada semua paderi kanan yang hadir dipersidangan tersebut bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam, apatah lagi hudud.Sebagai orang Islam, Nik Aziz wajib berpegang kepada janji-janji tersebut atau beliau akan masuk dalam golongan orang munafik dan dilaknat Tuhan. Soal janji itu dibuat depan paderi atau tidak, itu bukan masalah, yang penting janji itu sendiri dan ia mesti dikotakan.

 2. Pada suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur. Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu. Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

Anonymous said...

jangan kau lupa wahai bangsaku... pemerintah sekular telah menjadikan islam sebagai alat mereka... di mata rakyat semuanya nampak cantik,bersih,mulus... tapi di sisi Allah, tiada keredhaan-Nya... mengapa? sebab mereka hanya amalkan islam pada kulitnya tapi isinya kosong xbererti... contoh paling mudah ialah menolak terang2an hudud Allah... maka tunggu sahaja kebinasaan kerajaan seperti itu..

www.QueAchmad.com said...

panas molek blog ni wehhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.