Masih Selamatkah Kita Di Tanah Air Sendiri - DERITA PELAJAR DIPERKOSA KUMPULAN LELAKI LIAR

Seperti diceritakan oleh Muhaya  (bukan nama sebenar), 17, dari Banting, Selangor kepada wartawan Warta Perdana, IBRAHIM HJ MUHAMMAD.

“KENAPA nasib aku seburuk ini? Kenapa aku harus tanggung derita ini? Kenapa hidup aku yang indah ini perlu diakhiri dengan tragedi hitam yang memus­nahkan hidupku? Apa salahku?

Ya Allah, kenapa Kau takdirkan tragedi ini berlaku ke atas diriku?

Petang itu saya pulang agak lewat kerana ada kelas tambahan di sekolah. Seperti biasa saya tunggu bas di sebuah perhentian bas di Bandar Kelang, untuk pulang ke rumah di Banting.


Masa itu jam kira-kira 7:30 malam. Hanya saya seorang di perhentian bas itu. Seperti biasa saya tidak berasa apa-apa kerana sudah biasa. Lagipun perhentian bas itu diterangi cahaya lampu jalan raya.

Cuma saya agak gusar kerana bas yang ditunggu masih tidak kelihatan walaupun jam sudah menghampiri 8 malam. Tiba-tiba dalam keadaan samar-samar di bawah perhentian bas itu kelihatan beberapa lelaki menghampiri saya. Saya tak pasti berapa jumlah sebenar mereka.

Saya tidak mengendahkannya. Tiba-tiba seorang daripada mereka datang dari belakang dan terus memeluk badan saya, seorang lagi menutup mulut dan memberi amaran jangan menjerit. Dalam saya terkapa-kapa panik dan terkejut itu lelaki keparat itu terus mengheret saya ke dalam kereta yang menunggu tidak jauh dari perhentian bas itu.

Saya cuba meronta tetapi tak berdaya. Tenaga perempuan pasti tidak mampu melawan  beberapa lelaki yang sedang dikuasai nafsu syaitan. Ketika saya masih melawan dan meronta itu tiba-tiba terasa satu benda keras menghempap kepala. Selepas itu saya tidak sedar apa yang berlaku.

Apabila sedar, saya berada dalam sebuah rumah kosong tidak jauh dari perhentian bas itu. Kumpulan lelaki keparat yang memerangkap saya itu entah di mana. Tinggal saya seorang diri di pondok buruk itu dalam kegelapan. Saya teraba-raba mencari beg sekolah. Cari buku saya yang sudah berselerak.

Ya Allah, pakaian sekolah saya sudah terselak dan koyak, kain saya sudah koyak. Baju juga koyak. Apa yang telah berlaku? Pelan-pelan saya raba…Ya Allah, apa yang terjadi padaku?

Tambah luluh jiwa saya apabila mendapati tubuh saya separuh bogel. Seluar dalam saya berada di hujung kaki. Siapa yang melucutkannya? Cess, sudah tentu ini semua kerja lelaki laknat itu. Perasaan marah tiba-tiba menjelma.

Bahagian sulit saya terasa amat pedih dan sakit. Pelan-pelan saya ra­ba…Han­curlah hati saya apabila saya dapati bahagian sulit saya basah dan berlendir. Ya Allah…aku sudah dinoda. Apa salahku!

Apa yang dapat aku lakukan selain menangis dan meraung seorang diri. Saya percaya lebih daripada seorang meno­dai saya dalam keadaan saya tidak sedarkan diri.

Dalam keadaan terhuyung-hayang bersama beg sekolah yang berat dengan buku saya gagahi keluar dari rumah kosong itu dan pulang ke rumah dengan menaiki bas. Saya tiba di rumah kira-kira jam 10 malam.

Ayah, ibu dan adik-adik semua terkejut melihat kepulangan saya bersama tangis hiba. Mereka tambah pelik melihat pakaian saya koyak dan kotor. Saya tidak mahu sembunyi apa-apa. Saya berterus terang apa yang berlaku. Mujurlah keluarga sangat memahami. Mereka turut ber­sedih. Turut merasai kepedihanku. Mere­ka turut menangis untuk sama-sama merasai nasib malang yang menimpa saya.
Saya sentiasa berdoa agar lelaki keparat yang memperkosa saya itu menerima balasan  setimpal dari Allah.

Keluarga menasihatkan saya supaya tidak membuat laporan polis untuk mengelakkan aib keluarga. Selain itu, kata ayah,  jika sudah menjadi kes polis ia akan disiasat dan pasti perkara ini akan merebak ke seluruh kampung, akhirnya keluarga pasti lebih malu.

Tiga bulan kemudian jadual haid saya terhenti dan setelah buat pemeriksaan di klinik, doktor sahkan saya mengandung. 

Ya Allah, terasa gelap dunia ini. Satu lagi bala perlu aku tanggung. Apakah salahku ditakdirkan begini? Ini bukan kehendakku!

Disebabkan perut makin membesar, akhirnya keluarga menghantar saya ke Kem Modal Insan (Kewaja) di Gombak. April lalu saya selamat melahirkan seorang anak perempuan yang sangat comel. Anak itu diserahkan kepada keluarga angkat untuk penjagaan lebih sempurna.

Walaupun saya amat sayang anak yang lahir dari rahim sendiri, tetapi apakan daya keadaan memaksa saya berbuat demikian demi masa depan bayi itu yang lebik baik. Selain itu aib keluarga juga terpelihara.

Saya mungkin meneruskan semula persekolahan selepas keluar dari kem ini.

Saya banyak terhutang budi pada Abah dan Mama (Yahya Mohamad Yusof dan isteri, Ruzitah Bahrum) yang sentiasa memberi semangat dan mendidik saya dengan baik sepanjang berada di kem ini.

Cuma sampai sekarang saya masih tidak faham kenapa saya perlu tanggung semua ini sedangkan saya tidak pinta ini semua berlaku!”

Sumber : WARTA PERDA

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Abu Abdullah said...

Ni yang sedih... bila seorang ayah nasihatkan benda yang tidak betul- masih teringat kata2 seorang ayah kepada anak perempuannya selepas kena rogol dalam filem "General's daughter" tu- "Forget it.." last2 anak perempuan General tu berdendam sebab ayah dia tidak mahu anaknya lapor kepada pihak atasan...
Kepada ibu bapa mangsa rogol, jangan hukum mereka dua kali.... kasihanilah mereka.

Anonymous said...

Ada cerita hakikat kejadian seperti ini dimana kemungkinan sebelum ini ada ahli keluarga kita melakukan perbuatan tersebut terhadap org lain dAN Alloh membalasnya terhadap kita yq tidak bersalah...mmmmmm..semuanya hakNYa.Banyak2kanlah berdoa supaya Alloh hanya memberi ujian setimpal dgn qadar kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.