Lapan pemain badminton wanita telah dibatalkan penyertaan dalam termasya Olimpik kerana didakwa dengan mengatur perlawanan yang berlangsung semalam.
Ini didapati oleh Lembaga Displin Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) apabila mereka segaja kalah untuk mengatur perlawanan dengan lawan yang lemah di peringkat separuh akhir.
Pemain yang terbabit adalah dari negara China, Korea Selatan dan Indonesia. Keempat-empat pasangan negara ini telah didakwa tidak bermain dan telah memusnahkan semangat sukan Olimpik.
Perkara ini menimbulkan kemarahan kepada penonton dan juga peminat badminton dunia dimana mereka telah mengejek malah turut menerima amaran dari pengadil perlawanan.
Lapan pemain ini telah layak untuk peringkat suku akhir walaupun tewas dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Peminat sukan yang menyaksikan perlawanan ini semalam menyifatkan tragedi ini sebagai skandal yang memalukan sukan badminton dan Olimpik secara khusus.
p/s : Ini lah dunia, sehebat mana pun kite di bumi Allah nie..kalau nak jatuh kejap jea..jgn kamu sombong walau pun ketika ini kita lah org yang paling hebat..hehe
3 comments:
mcm tu pun boleh eh?
boleh..semalam dah kena reject..masing2 x nk menang..x nk jumpe korea
selalu juga kan dgr penipuan mcm ni...
sengaja kalah..
Post a Comment