Video: CCTV Rakam Hantu Budak Berkeliaran Di halaman Rumah

LONDON – Sepasang suami isteri di Clifton yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap penceroboh terkejut apabila ia merakam apa yang mereka percaya hantu kanak-kanak melompat di atas kereta mereka.

Lisa Rigley, 44, dan suami, Phil, 51, memasang kamera itu di luar kediaman mereka selepas berlaku beberapa pencerobohan terhadap kereta mereka. 

Tetapi selepas menyaksikan rakaman itu mereka melihat bentuk ganjil terbang ke jalan masuk ke rumah mereka dan memanjat kereta itu. 

Ia kemudian hilang sebelum muncul semula di seberang jalan. 

Lisa, ibu dua anak itu berkata: “Saya sungguh terkejut. Saya melihat rakaman itu dan ia adalah imej seorang kanak-kanak yang berusia empat atau lima tahun. 

‘Seorang jiran datang dan bertanya sama ada kami boleh melihat rakaman itu kerana dia kehilangan beberapa barang di depan lamannya. 

“Kami melihat rakaman itu untuk melihat kemungkinan ada orang melintasi pintu pagar kami ketika kejadian curi itu dan nampak hantu itu melompat di atas kereta kami. 

“Ia sungguh menyeramkan. Ia kelihatan seperti Casper the Friendly Ghost tetapi ia melompat-lompat di atas kereta kami. Ia sudah pasti hantu.” Suaminya berkata: “Saya tidak percaya pada hantu tetapi rakaman itu sungguh ganjil.” – DM


Sumber: Carcamerba

P/S: Hantu nie kalau  baca ayat kursi konpem lari..tapi pengundi hantu jika baca Ayat Kursi x lari pukul jea laa ngn kerusi..haha

Artikel Menarik Lainnya



5 comments:

www.QueAchmad.com said...

Huhuhu, citer hantu pepagi segini... Hurmmm

Anonymous said...

Bulan posa hantu kena gari daa..

Anonymous said...

ha ah. kat video tu tertulis tarikh 1/8/2012. Dah masuk bulan Ramadan tuh. Hantu kena kurung masa tu

Kaki Sembang said...

org laa hantu sebenarnya..haha bukannya betul video nie..mat saleh nie bukan boleh caya sangat..haha

Anonymous said...

ni hantu karton pasal lembaga tu pun katun kalau boleh nampak betul takut tak boleh tidor aku di kampung lebih dahsyat pun ada tapi sifat kan iblis je yang takut yang boleh nampak tapi boleh membisik untuk perkara kejahatan walau tujuan kerja baik ni lah tipu daya syaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.