Zalim - Ibu tunggal parah diragut, terjatuh dari motosikal

KOTA BHARU-Seorang ibu tunggal patah tangan kiri selain cedera di kepala dan hidung selepas terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Kampung Baru, Pasir Pekan, Tumpat di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa Sarifah@Sarimah Ismail, 49, yang bekerja sebagai tukang masak di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda.

Mangsa dipercayai terjatuh ketika cuba menghalang beg tangan yang diletakkan di dalam raga motosikal, mengakibatkan dia mengalami kecederaan di muka dan beberapa bahagian badan.

Akibat kecederaan itu, dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 Menceritakan kembali detik cemas itu, Sarifah berkata ketika kejadian dia berseorangan menunggang motosikal menuju ke tempat kerja yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
“Tidak sampai seminit keluar dari rumah, seorang penunggang motosikal yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba cuba menghampirinya.

“Lelaki itu menghulurkan tangannya ke dalam dalam raga motosikal yang mengandungi beg tangan saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HRPZ II semalam.
Sharifah  bertindak nekad memegang beg dalam raga itu, sebelum peragut itu merentap dengan kuat sehingga dia hilang kawalan dan jatuh tersembam di atas jalan raya.

Menurutnya, peragut itu kemudian bertindak melarikan diri tanpa sempat meragut beg tangannya.
“Mujur ketika itu salah seorang jiran yang melalui kawasan itu membantu saya.
“Dia kemudian menghantar saya ke tempat kerja sebelum majikan membawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sarifah berkata, ketika kejadian dia hanya membawa kad pengenalan, lesen memandu, telefon bimbit dan wang tunai RM90 dan dia kesal dengan tindakan nekad peragut itu yang sanggup mengambil kesempatan terhadap insan lemah sepertinya.

“Saya hanya mampu berharap pihak polis dapat menangkap peragut itu supaya dia orang awam tidak menjadi mangsa seterusnya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

P/S: Aku pun ade cerite tentang peragut lahanat nie, masa tu dekat Sri Kembangan, Selangor..aku tengah jumper kereta saing aku rosak tepi jalan tiba-tiba aku tengok seorang makcik kena ragut berterabur habis makanan kt tepi longkang..aku pun tanpa tunggu lagi kejor laa peragut tu..dia lari macam pelisit subsub hilang..haha..yang aku bengang tu orang ramai kat situ buat dek jea..lepas itu ada seorang budak kt area situ jugak bgthu kt mana rumah peragut tu..aku pun suruh budak nie bawak pergi rumah dia..belum sampai kt rumah dia dia mari menyerah kat aku. Dia ingat aku Polis ..haha..dia nak settle..rupa-rupanya dia nie gangster kat area situ semua orang takut kat dia nie..aku pun kecut perut jugak sebenarnya tapi buat hati kering..haha..aku pun bagi laa pelempang aku kt muka dia, nak pukul  banyak2 takut plak..aku suruh dia serahkan beg tu kt makcik tadi, makcik tu rupanya orang indonesia..dia cakap kt peragut tu " Makcik datang dari jauh jadi cleaner gaji RM 600 sebulan sanggup ko nak ragut, walau korang pandang hina pun pendatang, ingatlah kite semua nie bersaudara, Islam.. sedih plak aku dgr..sampai sekarang aku menyesal kenapa aku x telefon Polis biar lahanat nie duk dalam tirai besi..wallahualam..

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Anonymous said...

Sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna......

Kaki Sembang said...

banyakkan sedekah, kerana sedekah itu tolak bala..kena ragut nie pun satu bala..

roym as said...

Kakisembang ye la die ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.