KUALA LUMPUR: “Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing
belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada
masa depan,” kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas
isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.
“Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby)
hendak berkahwin semula dengan papa mereka,” katanya yang menyerahkan
kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas
bercerai pada 18 Disember 2008.
Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu.
Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.
Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.
“Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.
Sumber: Mytabloid.com




3 comments:
Harap2 Abby jgn trm, ni mgkn Saraf dlmn umno utk abby beremosi. Dan skali gus abby x boleh berjuang dlm pas. Baik Abby kawin dgn org pas yang berfikrah yang jelas Dan yg btl2 ditarbiyyah
Harap2 abby jgn trm, ini adalah Saraf umno utk mengacau emosi Abby sekaligus melemahkan perjuangan abby dlm pas. Moga2 Abby bertemu jodoh dgn org pas yg berfikrah jelas Dan ditarbiyyah oleh pas
Oh my god... Nasihat apa ni...? Jahilnya... Org pas atau umno, atau apa shj, jika jln kebenaran Allah yg mereka amalkn, insyaallah itu yg terbaik... Very stupid nasihat...
Post a Comment