Abby Tabah - Minta Serangan Peribadi Terhadap Keluarga dihentikan

PENANTI, 3 September: Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaeiyah Abdul Manan meminta mana-mana pihak menghentikan serangan politik terhadap kedua ibu bapanya sebagaimana yang dihadapi ibu Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

“Tolong jangan peralatkan ibu dan bapa saya untuk kepentingan politik sepertimana yang dilakukan terhadap ibu kepada YB Azmin Ali.

“Saya begitu terkejut apabila mendapati bendera BN dan tiga lagi bendera telah dipasang di hadapan rumah ibu dan bapa saya baru-baru ini.

“Jangan peralatkan mereka kerana mereka telah tua,” rayu Abby ketika menyampaikan ceramah KEADILAN di Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh semalam.

Turut menyampaikan ceramah, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Dr Mansor Othman dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Menurut pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri Gerak Khas, ketika beliau mengunjungi rumah ibu bapanya sebelum ke Pulau Pinang, beliau mendapati ibu bapanya dibawa keluar menaiki bas rombongan oleh pihak yang cuba mempengaruhi mereka.

“Saya nasihatkan mereka yang cuba mencari pengaruh supaya tidak mempergunakan ibu dan bapa saya sepertimana yang berlaku kepada Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali,” ulang Abby kesal.

Katanya lagi, sokongan beliau kepada Pakatan Rakyat berlandaskan kesedaran sendiri bagi mendapatkan keadilan.

“Penyertaan saya menyokong Pakatan tidak harus diberi persepsi negatif. Hijrah untuk kebaikan sepatutnya diberi sokongan tanpa sekatan.

“Saya telah dapat membezakan kepimpinan yang ada pada Datuk Seri Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat,” ujar beliau di hadapan ribuan hadirin.

Abby juga sempat bersoal jawab dengan hadirin serta melaungkan kalimah ‘takbir!’ beberapa kali.

Pada ceramah itu, Abby turut menafikan dakwaan mengatakan beliau akan bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

www.QueAchmad.com said...

Sunnah orang berjuang, banyak dugaan. Berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (55) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (6) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (441) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (21) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (14) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (2) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (3) Nabi Muhammad s.a.w (3) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (26) Pencuri (2) pengajaran (2) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (17) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (11) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (22) tazkirah (16) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.