Ajaib - Bagaimana Wanita Ini Boleh Mengandung Ular Sawa

Satu kejadian pelik telah menimpa seorang wanita berusia 50 tahun yang berasal dari Pakistan ini. Wanita ini dikenali sebagai Rasheedan Bibi. Dirinya telah mengandung seekor ular sawa selama sekitar 7 bulan. Apabila merasakan perutnya membuncit, dia menyangka dirinya sedang mengandungkan bayi. Tetapi sebenarnya Rasheedan Bibi telah mengandungkan seekor ular sawa.


Selang tujuh bulan kemudian perutnya semakin membesar. Tetapi dia semakin merasa sakit seiring perutnya kian membuncit. Merasa ada kejanggalan pada kehamilannya, Bibi merasa cemas.

Warga Chora Saggar, Pakistan ini akhirnya membuat keputusan untuk memeriksa kandungannya di hospital terdekat walaupun kehidupan sehariannya dibelenggu kemiskinan. Apabila doktor yang memeriksanya membuat imbasan bayi, keputusan yang diterima amat mengejutkan.

Bukan silap mata dan bukan juga sihir, hasil imbasan bayi menunjukkan bahawa selama tujuh bulan dia membesarkan seekor ular di dalam perutnya.

Bibi merasakan kejadian pelik bin ajaib ini bermula dari air yang diminumnya. Ketika itu Bibi telah minum air dari telaga di rumahnya. Dia merasakan mungkin ketika itu terdapat benih ular di dalam air yang diminumnya lalu menyusup masuk ke perutnya.

Dia sudah merasa keanehan ketika dua bulan selepas itu apabila Bibi mulai merasakan sakit pada perutnya yang mulai membesar. Nafsu makannya pun melonjak-lonjak. Dia mampu untuk menghabiskan 14 potong roti dalam sehari.

Untuk mengeluarkan ular dari dalam tubuhnya, doktor memintanya untuk dibedah. Kerana kemiskinan dan tidak punya wang, Bibi telah meminta pertolongan Perdana Menteri Pakistan, Punjab CM.

Bersyukurlah Perdana Menteri Pakistan mengabulkan permintaannya dan ular sawa itu telah berjaya dikeluarkan dari perut perempuan malang itu.


Sumber: Ronyanuar.com

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

QasehnyaRania said...

alhamdulillah..nasib baik ada PM baik hati tolong rakyat dlm kesusahan..

~::Chenta::~ said...

MasyaAllah .. kuasa Allah ..

Chenta puas duk fikir ni ..
bukan ular beranak dengan bertelor ke ??.. if telor ada dalam perut pun .. asid di dalam tubuh manuasia akan bertindak menghancurkan telur itu...

logiknya lah .. nauzubillahiminalzalik!..

*poning ni ...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.