Balasan Di Dunia - Ini lah Nasib Keluarga Pembuat Filem Yang Menghina Nabi Muhammad (SAW)


Ahli keluarga Nakoula Basseley Nakoula, warga California yang menulis dan menghasilkan filem anti-Islam, Innocence of Muslims, hidup tak tenang setelah filem itu menuai kemarahan muslim di pelbagai negara. Mereka memutuskan meninggalkan rumah Selasa dinihari, dengan kawalan polis, untuk mula hidup dalam persembunyian.

Nakoula Basseley Nakoula belum kembali ke rumahnya di Cerritos, California, sejak diwawancara Jumaat larut malam oleh pegawai persekutuan tentang peranannya dalam pembuatan filem itu. Karyanya telah mencetuskan protes ganas anti-Amerika di seluruh dunia.

Saat meninggalkan rumah, ahli keluarga Nakoula menutupi seluruh wajahnya. Mereka kemudian naik ke kereta polis untuk bergabung dengan Nakoula di sebuah tempat yang dirahsiakan.
 
"Mereka memutuskan bahawa mereka akan lebih selamat keluar dari rumah itu sehingga boleh bergerak dan hidup normal," kata Steve Whitmore, juru bicara polis. "Yang kami lakukan adalah menjemput mereka dan menyatukan mereka dengan Nakoula," seperti dipetik Tempo online dari ABC News Selasa (18/9).

Whitmore menolak menyebutkan di mana keluarga itu tinggal saat ini. Mereka menyatakan tidak akan pernah kembali ke rumah mereka di Cerritos, walaupun keputusan itu "sepenuhnya terserah kepada keluarga".

Nakoula, 55 tahun, mengakui peranannya dalam pembuatan filem itu minggu lalu. Saat itu, ia meminta bantuan polis untuk menangani ancaman pembunuhan yang diterimanya sejak pelancaran filem itu. Ia juga menyatakan "takut mati", berkaitan keselamatan dirinya dan keluarganya.

Nakoula awalnya menggunakan nama samaran Sam Bacile, mengatakan kepada wartawan ia adalah seorang "Yahudi-Israel", dan filem itu menelan kos sekitar US $ 5 juta, yang berasal dari teman-teman Yahudi-nya. Namun, yang sebenarnya, Nakoula adalah seorang Mesir-Amerika beragama Kristian Koptik.

Ia kemudian berkata kepada pihak berkuasa bahawa ia dan anak lelakinya, Abanob Basseley, 21 tahun, yang bertanggung jawab untuk menghasilkan filem itu. Ia juga meralat kos pengeluaran sebanyak US $ 50 ribu hingga US $ 60 ribu dan penggambaran yang dilakukan tak lebih dari 12 hari. Ia mendakwa wang untuk filem itu berasal dari keluarga isterinya di Mesir.

Catatan yang diperolehi oleh ABC News menunjukkan, Nakoula pernah dihukum kerana berniat menghasilkan metamfetamin pada 1990-an. Ia juga pernah terjerat kes undang-undang bagi tuduhan penipuan bank.

Menurut laman web The Smoking Gun, Nakoula dihukum 21 bulan penjara dan lima tahun masa percubaan, lalu dipindahkan dari kompleks pemasyarakatan persekutuan di Lompoc, California, ke rumah peralihan pada tahun 2010. Ia dibebaskan dari tahanan persekutuan pada Jun 2011. Produksi filem itu bermula hanya dua bulan selepas dia tidak di sebuah tempat di selatan California. 
 
sumber eramuslim.com
 
P/S: Di Dunia tentera Muhammad mencari mu, Di Alam Kubur Malaikat Mungkar Nakir  menunggu mu..yang pasti kamu pasti mampusss..

 

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

~::Chenta::~ said...

Alhamdulillah ...
Moga Allah perkuatkan lagi Iman Muslimin & Muslimat membenteras mereka ..

& Hanya Allah yang mampu membalasi mereka


Amin ...

Anonymous said...

Org bukan islam ada ke munkar dan nakir? Diaorg pecaya ker..? Agak2 la kan nk tulis pun...

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (51) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (5) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (438) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (20) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (13) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (1) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (2) Nabi Muhammad s.a.w (2) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (24) Pencuri (2) pengajaran (1) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (15) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (9) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (21) tazkirah (15) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.