Kisah Benar Dan Menginsafkan | Bekas Penganut Hindu Peluk Islam Di Dataran Johor Bharu

Kisah Benar Dan Menginsafkan | Bekas Penganut Hindu Peluk Islam Di Dataran Johor Bharu | JOHOR BAHRU: Hampir 7000 orang telah membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru semalam untuk menghadiri ceramah terbuka Dr. Zakir Naik. Beliau yang merupakan seorang doktor perubatan dari Mumbai, India, juga dikenali sebagai seorang pendakwah dan penceramah yang pakar di dalam perbandingan agama. 

ceramah terbuka Dr. Zakir Naik

Membawa tajuk ceramah ‘Prophet Muhammad SAW in World’s Religious Scriptures’, Dr Zakir Naik, 47, telah menghuraikan tentang kewujudan kisah Nabi Muhammad SAW di dalam kitab Hindu, kitab Buddha serta Bible. “Kebolehan beliau memberikan fakta yang tepat dan jelas bersama rujukan muka surat dan bahagian mana di dalam kitab tersebut sangat mengagumkan,” kata seorang hadirin apabila ditemu ramah. 

Selain dihadiri pengunjung Muslim, ceramah terbuka anjuran Peace TV dan Saba Islamic Media itu juga telah menarik perhatian pengunjung bukan Muslim. Sesi soal jawab di hujung ceramah yang mengutamakan soalan dari hadirin bukan Muslim telah membuka ruang bagi mereka untuk bertanya tentang keraguan mereka terhadap isu yang berkait dengan Islam.
ceramah terbuka Dr. Zakir Naik

 Sesi soal jawab tersebut berakhir dengan sebak dan tangis hadirin apabila menyaksikan Ragu, seorang lelaki yang beragama Hindu, melafazkan syahadah dan memeluk Islam setelah yakin dengan jawapan oleh Dr. Zakir Naik.

Salah satu soalan yang diajukan kepada Dr. Zakir Naik oleh seorang lelaki beragama Buddha adalah bagaimana seseorang bukan Muslim boleh memahami Islam jika dia tidak dibenarkan memegang Al-Quran. Dr. Zakir menjelaskan bahawa ada segelintir Muslim yang tersalah anggap tentang perkara ini sedangkan Al-Quran itu telah diturunkan untuk semua umat manusia, bukan hanya untuk Muslim. Ini diikuti oleh penyerahan sebuah Al-Quran berserta terjemahan Bahasa Inggeris oleh Dr. Zakir Naik sendiri kepada lelaki tersebut.

Apabila ditanya tentang Peace TV, Dr. Zakir Naik selaku pengasasnya menyatakan harapan beliau untuk berjumpa dengan pihak Astro Malaysia Holdings Berhad untuk membincangkan kolaborasi Peace TV di dalam saluran TV satelit Astro pada masa akan datang. Peace TV, saluran televisyen alternatif yang menyiarkan program bertemakan Islam dan dakwah, telah pun dilancarkan di Mumbai, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Peace TV juga boleh di akses secara atas talian di www.peacetv.tv. 
Sumber: nusajayakini

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Ikmal said...

Assalam, Subhanallah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.