Cuai Tahap Gila ( Di India ) - Bayi 12 Hari Mati Di Makan Tikus

Seorang bayi berusia 12 hari yang dilahirkan pramatang mati dimakan oleh tikus selepas ditinggalkan tanpa pengawasan di sebuah wad hospital di Chennai, India.

Pada mulanya ibu bapa kepada bayi itu diberitahu bahawa daging koyak pada wajah bayi perempuan mereka adalah disebabkan oleh septisemia. Tetapi kemudian mereka diberitahu bahawa sebenarnya luka itu disebabkan gigitan tikus.

Mayat bayi itu telah diletakkan di satu sudut di Kasturba Gandhi Women and Children Hospital semalaman. Medik memberitahu polis bahawa mereka tidak menghantar mayat bayi ke rumah mayat hospital kerana ia adalah untuk orang dewasa sahaja.

Menteri kesihatan tempatan, VS Vijay berkata: "
Kerajaan telah mengarahkan siasatan dan kami sedang menunggu laporan bedah siasat itu. Kami akan menggantung doktor yang terlibat jika mereka melakukan kecuaian."

sumber

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.